Ahad, 6 September 2020

Dah lama selesai

MyMetroArena

Francis Forkey Doe pernah beraksi bersama Pahang. FOTO File NSTP

Asrol Awang

sukan@hmetro.com.my

TIADA sebarang isu berhubung tunggakan gaji antara Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) dan bekas pemain import Pahang, Francis Forkey Doe.

Pengurus Pahang, Datuk Mohammed Sufian Awang berkata, segala isu berkaitan kontrak sudah diselesaikan selepas pemain Liberia itu mengalami kecederaan serius ketika beraksi bersama skuad itu pada musim 2018.


"Atas persetujuan bersama antara PBNP dan Forkey Doe, kontrak ditamatkan lebih awal dan turut diberikan pampasan.


"Sebagai tanda prihatin dan ihsan, Presiden PBNP, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah turut memberikan kemudahan tempat tinggal dan sebuah kereta sepanjang tempoh rawatan.


"Walaupun kontrak sudah berakhir PBNP masih prihatin dengan kecederaan yang dialami Forkey Doe.


"Oleh itu tidak timbul berlaku tunggakan gaji kerana segalanya sudah persetujui kedua-dua pihak," katanya.


Arena Metro dalam laporan hari ini melaporkan PBNP bakal berdepan tuntutan gaji bekas importnya, Forkey Doe yang sudah hilang sabar dengan Pahang.


Menurut sumber terdekat pemain dari Liberia itu, Pahang didakwa gagal melunaskan tunggakan gajinya sepanjang musim 2018 lalu dengan nilai keseluruhan berjumlah RM746,500.


SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 September 2020 @ 7:56 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan