Selasa, 1 September 2020

Police Tero FC sambar Sumareh?

SUKAN»Bola

Selasa, 1 September 2020 | 8:50pm

Sumareh didakwa akan beraksi di Thai League 1.

Sumareh didakwa akan beraksi di Thai League 1.

Police Tero FC sambar Sumareh?

Oleh Zulfaizan Mansor

zulfaizan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan Mohamadou Sumareh seakan hampir terjawab selepas pemain itu dikatakan akan berkelana di bumi Thailand bersama kelab Police Tero FC.Khabar angin itu bertiup kencang di media sosial Thailand dengan ada laman sukan yang mendakwa Sumareh sudah sah akan menyarung jersi bekas juara Thai League 1 itu.

Laman Facebook Everything Thai Football (ETF) memuat naik gambar Sumareh berserta kenyataan: "Sumber ETF mengesahkan bahawa Mohamadou Sumareh akan menjadi pemain baharu Police Tero. Pengumuman rasmi dijangka dibuat tidak lama lagi."Khabar angin itu kemungkinan besar tepat kerana berdasarkan kemaskini dari Liga Thai, saingan liga mereka akan bersambung pada bulan ini dan jendela perpindahan masih terbuka sehingga 7 September ini.

Jendela perpindahan Liga Malaysia (Liga M) yang sudah tertutup untuk musim ini juga menguatkan lagi spekulasi itu kerana pemain seperti Sumareh tidak mungkin hanya mahu 'duduk diam' hingga musim depan.

Namun, ada juga dakwaan bahawa Police Tero mungkin hanya persinggahan sementara Sumareh sebelum dia menyertai salah satu kelab gergasi Liga M.Lebih menarik, Sumareh yang juga pemain naturalisasi pertama negara bakal bergandingan dengan pertahanan muda Malaysia, Dominic Tan yang menyertai Police Tero sejak tahun lalu.

Sebelum ini, Sumareh didakwa sudah membatalkan kontraknya bersama Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) menerusi klausa 8.7 yang terkandung dalam kontrak pemain.AUMBER-SUKAN BH ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan