Khamis, 24 Oktober 2019

Davies tangisi nasib Pahang


MyMetroNode
 
Oleh Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pemain pertahanan Pahang Matthew Davies mengakui ‘sedih’ apabila melihat ramai tonggak utama Tok Gajah berpindah ke pasukan lain musim depan.

Bagaimanapun, baginya sudah menjadi lumrah bagi pemain bola sepak profesional untuk berhijrah sekiranya ada tawaran lebih menarik.

“Memang saya berasa sedikit sedih kerana kami sebelum ini sering beraksi bersama dalam pelbagai saingan tempatan (Liga Malaysia) atau luar (Piala AFC). Namun apa yang berlaku sudah menjadi adat pemain bola sepak,” katanya ketika ditemui pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015.

Dalam majlis berlangsung di Sunway Pyramid Convention Centre itu, pemain naturalisasi berusia 20 tahun itu memenangi kategori Anugerah Pemain Muda Harapan Terbaik menerusi penampilan pertamanya dalam kancah Liga Malaysia musim ini.

Davies mengetepikan pemenang musim lalu, Farhan Roslan dari Kedah dan pemain tengah yang membantu Selangor merealisasikan Misi 33 Piala Malaysia, Nazmi Faiz Mansor.

Jelasnya, kejayaan itu untuk keluarga, rakan sepasukan dan pengurusan Persatuan Bolasepak Pahang (PBNP) yang membantunya menjadi pemain lebih baik.

“Satu penghargaan apabila dipilih ketua pasukan dan jurulatih untuk memenangi anugerah ini. Ini detik terbaik kerjaya saya.

“Mungkin musim ini bukan terbaik buat Pahang, tapi kejayaan ini menyuntik semangat saya untuk melakukan lebih baik musim depan,” katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Disember 2015 @ 5:06 AM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan