Jumaat, 24 Oktober 2014

PENYOKONG PAHANG BERATUR PANJANG UNTUK MEMBELI TIKET

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Bandar Jengka 24 Oktober- Kebangkitan mendadak Kedah dalam kejohanan Piala Malaysia tahun 2014 tidak menggusarkan penyokong bola sepak Pahang. Mereka yakin sengat pemain muda Kedah seperti Hanif Mat Zahir, Rizal Ghazali, Farhan Roslan akan Syazwan Tajudin  tersekat dengan kehadiran semula Dickson Nwakaeme dan Damion Stewart dan Hafiz Kamal. Pahang merupakan sebuah pasukan yang kuat dan berpengalaman bermain di pentas separuh akhir atau pusingan kalah mati. Pada tahun lepas Pahang membuktikan kemampuan mereka untuk menjuarai Piala Malaysia dengan menumpaskan pasukan pilihan Kelantan 1-0.

      Pertembungan pasukan Pahang dan Kedah bukanlah perkara baru. Pada tahun 1992 Pahang yang ketika merupakan juara Liga yang diketuai oleh Zainal Abidin Hassan bertemu dengan pasukan Kedah dalam perlawanan akhir. Dalam perlawanan tersebut Pahang berjaya mengalahkan Kedah 1-0 hasil jaringan Zulhamizan Zakaria hasil kesilapan penjaga gol Kedah, Azmi Mahmud. Pasukan Pahang tahun 1992 diwakili oleh ;

BARISAN PEMAIN
BELAKANG DARI KIRI
Osaimi Jalil, Mike Brown, Jamal Nasir, Yunus Alif, Salahuddin Che Ros, Borhan Abu Samah, Tajuddin Nor, Riduwan Raffar dan Azhar Kamaluddin.
BARISAN TENGAH
Kairul Azaman Mohamad, Ahmad Yusof, Zulhamizan Zakaria, Tarmizi Tahar, Abu Bakar Ismail, Bakri Tahar
BARISAN KETIGA
Basrul Kharfi, Azharuddin Aziz, Dollah Salleh, Abdul Aziz Hamid, Muadzar Mohammad, Tahir Mat Amin dan Annas Ismail.
BARISAN DEPAN
Zainal Abidin Hassan, Alan Davidson, Mubin Mokhtar dan Fandi Ahmad.
SUMBER: BERITA HARIAN KHAMIS 19.11.1992


   Foto 1- Jam 10.12 masih ramai peminat bola sepak beratur untuk membeli tiket di Stadium Mini Bola Sepak Temerloh.
 Foto 2- Cuma satu kaunter tiket sahaja dibuka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan