Ahad, 19 Oktober 2014

Conti tak sabar beraksi


ROSILAWATI ROSEDI
18 Oktober 2014
 Zainal memberikan arahan kepada Conti (tengah) semasa sesi latihan di Kuantan, baru-baru ini. - Foto Sinar Harian Oleh Mohd Khairul Azrin.
Zainal memberikan arahan kepada Conti (tengah) semasa sesi latihan di Kuantan, baru-baru ini. - Foto Sinar Harian Oleh Mohd Khairul Azrin. Zainal memberikan arahan kepada Conti (tengah) semasa sesi latihan di Kuantan, baru-baru ini. - Foto Sinar Harian Oleh Mohd Khairul Azrin.
TERLEPAS beraksi di peringkat suku akhir Piala Malaysia 2014, penyerang import Tok Gajah, Matias Ruben Conti tidak sabar mempamerkan taring berdepan Lang Merah di Stadium Darul Aman malam esok, lapor ROSILAWATI ROSEDI.

Tidak dapat diturunkan dalam dua perlawanan berdepan Polis Diraja Malaysia (PDRM)  kerana kad merah yang diterima dalam aksi terakhir peringkat kumpulan di Pasir Gudang, penyerang kelahiran Argentina itu pastinya menjadi senjata ampuh buat Pahang.

Malah ketiadaan pemain berusia 24 tahun itu sedikit sebanyak menjejaskan rentak permainan Pahang terutamanya penyudah baik yang diharapkan.

"Saya percaya dengan kerjasama rakan sepasukan dan semangat pemain akan membantu Pahang mencari bekalan selesa. “Yang penting taktikal dan strategi yang ditetapkan jurulatih (Zainal Abidin Hassan) akan kami gunakan sebaik mungkin," tegasnya.

Mengakui kecewa kerana tidak dapat beraksi sebelum ini, Conti ingin mempamerkan aksi sebaik mungkin membantu Pahang mencatat kejayaan dalam aksi separuh akhir sekali gus menempah tiket final musim ini.

Ketiadaan Orang Besi, Dickson Nwakaeme yang digantikan kerana dua kad kuning pastinya menjadikan Conti pilihan pilihan Zainal Abidin untuk mengetuai jentera serangan dan dijangka bakal digandingkan bersama Mohd Fauzi Rozlan.

Sumber-Sinar Harian online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan