Rabu, 7 April 2021

Sri Pahang, TFC berkongsi mata

Asrol Awang

am@hmetro.com.my



Pemain Sri Pahang FC, bergambar sebelum sepak mula saingan Liga Super 2021, di Stadium Darul Makmur. FOTO Farizul Hafiz Awang

Kuantan: Sri Pahang FC sekadar seri 1-1 berdepan Terengganu FC (TFC) pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Misi tuan rumah untuk mencatat kemenangan disekat selepas lawan bangkit pada babak kedua perlawanan.

Namun, pada perlawanan itu, tuan rumah memulakan perlawanan dengan aksi bertenaga dan hampir meletakkan pasukan itu di hadapan menerusi Lee Tuck tetapi bola sepakan pemain import itu berjaya ditepis penjaga gol TFC, Mohd Suhaimi Husin seawal minit kelima.

Minit ke-15, pemain tengah TFC, Nik Akif Syahiran Nik Mat turut berpeluang menjaringkan gol pendahuluan tetapi bola sedikit tersasar di sebelah kiri tiang gol Sri Pahang.

Namun, dua minit kemudian, pemain tengah tuan rumah, Nor Azam Azih menceriakan pasukan itu apabila berjaya menjaringkan gol pendahuluan.

TFC berpeluang untuk menyamakan kedudukan tetapi penalti yang diambil kapten pasukan, Carlos Alberto melepasi palang pada minit ke-40.

Bersambung babak kedua, TFC yang ketinggalan menggandakan asakan dan memberi tekanan kepada jentera pertahanan tuan rumah.

Namun, tuan rumah kekal mempertahankan gawang daripada dibolosi dan sesekali melancarkan serangan balas.

Usaha TFC akhirnya berhasil apabila berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil jaringan pemain import, Jordan Mintah menerusi sepakan penalti minit ke- 75.

Akhirnya Sri Pahang terpaksa akur sekadar mengutip sayu mata di halaman sendiri.

SUMBER-MY METRO ONLINE Disiarkan pada: April 6, 2021 @ 11:08pm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan