Ahad, 25 April 2021

Pulau Pinang sekat hajat Sri Pahang FC 3-0

 SUKAN



Aksi bertenaga pemain Penang FC dan Sri Pahang FC di Stadium Bandaraya di George Town malam tadi.

Pulau Pinang sekat hajat Sri Pahang FC 3-0

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

25 April 2021, 12:34 am

GEORGE TOWN – Penang FC berjaya menundukkan Sri Pahang FC 3-0 dalam kempen perlawanan Liga Super 2021 yang berlangsung di Stadium Bandaraya di sini malam ini.

Gol sulung skuad bimbingan Jurgen Klopp’ Malaysia, Tomas Trucha itu hadir seawal minit ke-11 hasil sepakan lerek pemain import dari Brazil, Endrick Dos Santos Parafita.

Jaringan kedua Skuad Harimau Kumbang diledakkan pemain tengahnya, Muhammad Danial Ashraf Abdullah pada minit ke-26 menerusi tendangan di luar kotak penalti.

Bagaimanapun, gol ketiga tuan rumah hadir lewat pada minit ke-90 hasil tandukan Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew.

Hasil jaringan berganda Penang FC telah memecah kebuntuan pasukan kendalian Jurulatih Skuad Tok Gajah, Dollah Salleh apabila sepakan tepi pemain hadapannya, Abdul Malik Mat Ariff hanya sempat menjengah di pintu luar kubu lawan.

Memasuki babak kedua, pasukan pelawat ternyata mahu memburu mata pertama untuk pasukan dengan melakukan beberapa serangan balas namun ditentang rapat skuad tuan rumah.

Cubaan pemain hadapan Sri Pahang FC, Yevhen Bokashvili untuk membantu pasukannya tidak menjadi apabila sepakannya hanya melewati tepi gawang lawan. Kedudukan pasukan tuan rumah kekal 3-0 hingga ke hujung perlawanan. SUMBER– K! ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan