Ahad, 17 November 2019

Tok Gajah menang tipis atasi Titans


SUKAN»Bola
Rabu, 27 September 2017 | 11:14pm
 
PEMAIN T-Team FC, Joseph Yannick Ndjeng (dua kiri) diasak pemain Pahang, Nor Azam Azih (kanan) pada perlawanan Liga Super 2017 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. - Foto Ghazali Kori
Tok Gajah menang tipis atasi Titans
Oleh Faizul Azlan Razak
bhsukan@bh.com.my
KUALA TERENGGANU: T-Team memilih laluan sukar apabila tewas 0-1 di tangan Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sebentar tadi.

The Titans hanya memerlukan satu mata dalam pertemuan itu untuk kekal bersaing dalam Liga Super musim depan terpaksa ditentukan dalam aksi terakhir menentang Sarawak di Kuching.

Skuad Tok Gajah terpaksa menanti pada minit ke-78 untuk membolosi gawang T-Team menerusi jaringan penyerang importnya, Matheus Alves.

Pada awal permainan, pelawat bermula garang apabila melakukan dua percubaan menerusi Matthew Davies pada minit ketiga dan Christie Jayaselan minit keenam ditepis keluar penjaga gawang, Mohd Helmi Eliza Elias.

The Titans turut menguji gawang pelawat menerusi percubaan Mohd Asrol Ibrahim minit 16 sedikit tersasar manakala rembatan Mohamad Kamal Azizi didakap kemas Mohd Helmi Eliza minit 21.

Pada minit ke-28, Pahang terpaksa mengeluarkan penyerang importnya, Mamadou Sumareh yang mengalami kecederaan dan digantikan dengan Ahmad Syamin Yahya.

Peluang terbaik T-Team hadir menerusi rembatan penyerang importnya, Yannick Ndjeng, namun terkena tiang sebelah kiri gawang Pahang minit ke-41.

Tiga minit berselang, Syed Sobri Syed Mohd terlepas peluang apabila rembatan dalam kotak penalti sempat ditepis keluar Mohd Helmi Eliza.

Bersambung babak kedua, Mohd Nor Hakim Hassan yang masuk menggantikan Muhammad Fakhrurazi Musa mempersiakan peluang terbaik menjaringkan gol walaupun hanya berdepan Mohd Helmi Eliza minit ke-56.

T-Team memburu gol penyamaan sekalipun melakukan asakan ke kubu Pahang, namun buntu menghasilkan jaringan hingga tamat permainan.[i]



[i]https://www.bharian.com.my/node/256029

Tiada ulasan:

Catat Ulasan