Jumaat, 27 Oktober 2017

Tok Gajah tekad tebus duka dengan tiga mata



Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
 
SKUAD Pahang yang masih kecewa gagal ke final Piala Malaysia mahu menebusnya pada aksi terakhir Liga Super apabila melayan Perak di Stadium Darul Makmur, Sabtu ini.

Penolong jurulatih Tok Gajah, Ahmad Shaharuddin Rosdi berkata, hanya kemenangan ke atas The Bos Gaurus akan melenyapkan kekecewaan terkandas pada suku akhir piala berprestij itu.

Menurutnya, semua sudah dilakukan untuk memastikan tiga mata menjadi milik skuad Tok Gajah sekali gus penamat cemerlang dalam saingan liga.

“Bagaimanapun saya akui Perak yang gagal menempah slot final Piala Malaysia turut sama mahu mengembalikan keyakinan mereka.

“Dengan beraksi di laman sendiri dan aksi terakhir liga, keputusan positif sesuatu yang dicari-cari,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Shaharuddin yang juga bekas pemain kebangsaan berkata, dengan mengadakan aksi persahabatan menentang Shahzan Muda sepanjang tempoh rehat turut membantu mengekalkan prestasi setiap pemain.

Katanya, dari segi kecergasan, semua pemain berada pada prestasi meyakinkan dan percaya tiga mata yang diidamkan menjadi kenyataan.

“Apa yang perlu dilakukan pemain adalah beraksi dengan corak permainan yang diatur dan tidak sesekali melakukan sebarang kesilapan,” katanya.

sumberArtikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Oktober 2017 @ 5:06 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan