Jumaat, 27 Oktober 2017

Pahang tampil kesebelasan terbaik



Jumaat, 27 Oktober 2017 | 4:55pm
Pemain Pahang meraikan jaringan ketika aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur. - Foto Farizul Hafiz Awang
Pahang tampil kesebelasan terbaik
Oleh Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
 
KUANTAN: Hanya kesebelasan terbaik akan diturunkan skuad Pahang bagi melayan kunjungan Perak pada aksi terakhir Liga Super di Stadium Darul Makmur, di sini, malam esok.

Penolong jurulatih Ahmad Shaharuddin Rosdi berkata, empat pemain import Matheus Alves, Yamil Romero, Mohamadou Sumareh dan Heo Jae Won berkemungkinan besar turut tersenarai untuk aksi itu.

"Selaku tuan rumah, perlawanan penutup tirai (Liga Super) musim ini lebih kepada untuk kepuasan penyokong setia kami... mereka pasti mahu kami menang dan itu yang kami akan cuba lakukan.

"Saya minta semua pemain yang disenaraikan untuk aksi (malam esok) menggunakan peluang itu untuk mempamerkan aksi terbaik dan mengutip tiga mata," katanya.

AKSI pemain Pahang, Matheus Alves (tengah) diasak pemain Perak, Thiago Juino De Aquino (kiri) pada saingan suku akhir pusingan pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur. baru-baru ini. - Foto Farizul Hafiz Awang

Berdasarkan pencapaian musim ini, skuad Tok Gajah muncul naib juara Piala FA selepas tewas kepada Kedah pada aksi final piala berprestij itu.

Bagi saingan Piala Malaysia pula, skuad kendalian Dollah Salleh terkandas pada suku akhir selepas tewas kepada Perak.

Shaharuddin berkata, penamat terbaik di tangga kedua Liga Super tetap pencapaian membanggakan selepas gagal bersaing dan hampir tersingkir ke Liga Perdana musim lalu.
Sumber-BERITA HARIAN ONLINE Jumaat, 27 Oktober 2017 | 4:55pm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan