Isnin, 16 Oktober 2017

Pahang ambil pemain Maghribi



ARKIB : 27/10/2007

KUANTAN – Pahang menerima suntikan baru apabila bekas pemain import mereka dari Maghribi, Tarik El Janaby telah bersetuju menyarung jersi Tok Gajah bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2007/08.

Berita tersebut sudah tentu memberi kelegaan kepada penyokong Pahang setelah menyaksikan beberapa tonggak utama pasukan itu meninggalkan Tok Gajah untuk beraksi bersama pasukan lain pula.

Tarik yang bermain di posisi tengah telah pun mengadakan pertemuan dengan pengurusan Tok Gajah untuk membincangkan kedudukannya bersama pasukan Pahang bagi musim baru yang bermula Disember ini.

Menurut Tarik, dia bakal beraksi bersama Pahang pada penghujung Disember setelah kontraknya dengan sebuah kelab Indonesia, Arema Malang tamat pada hujung tahun ini.

‘‘Kontrak saya dengan Arema Malang akan tamat pada hujung tahun ini, sebaik sahaja selesai baki lapan perlawanan bersama kelab itu, saya akan kembali beraksi dengan Pahang,” katanya ketika ditemui, di sini semalam

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1027&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4vkFPLtP7
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan