Sabtu, 1 November 2014

Separuh masa: JDT dahului Pahang 2-1

01 November 2014 9:53 P


PASUKAN bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya menjaringkan
PASUKAN bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya menjaringkan
PASUKAN bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya menjaringkan gol pertama ketika menentang pasukan Pahang pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam ini. - GAMBAR: MD.SHAHJEHAN MAAMIN/UTUSAN
KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) bangkit dengan dua gol untuk mendahului Pahang 2-1 pada separuh pertama perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.
Dickson Nwakaeme meletakkan Tok Gajah di depan seawal minit ke-14 apabila menanduk masuk sepakan bebas Azidan Sarudin dari sebelah kanan pintu gol, namun selepas itu terpaksa bertahan dengan asakan Harimau Selatan yang memburu gol penyamaan.
Penyerang dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz akhirnya mengembalikan JDT ke dalam persaingan apabila menyudahkan tandukan ke belakang rakan senegara Luciano Figueroa pada minit ke-31.
JDT kemudian hanya memerlukan tiga minit untuk mendapat gol kedua apabila Figueroa menyempurnakan sepakan penalti setelah ketua pasukan Pahang, Razman Roslan menahan bola menggunakan tangan untuk mengelakkan penyerang Harimau Selatan itu mendapat bola. – UTUSAN ONLINE
- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/separuh-masa-jdt-dahului-pahang-2-1-1.19497#sthash.GpMIN9Cl.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan