Khamis, 29 Mei 2014

Tok Gajah tak resah tanpa tiga tonggak

2014/05/29 - 05:10:57 
 Kuantan: Walaupun beraksi tanpa tiga tonggak, Jalaluddin Jaafar percaya Pahang mampu membenam Johor Darul Tazim (JDT) pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur, malam esok.

Menurut tonggak berusia 39 tahun itu, perlawanan itu adalah pentas terbaik untuk skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan menebus kegagalan mara ke final tahun lalu dan kebetulan JDT menjadi pemusnah harapan itu.Peluang Pahang mengisi slot ke final cerah berdasarkan keputusan seri 1-1 pada separuh akhir pertama di Larkin lalu, katanya semalam.

Pada perlawanan malam esok, tiga pemain yang tidak dapat beraksi ialah dua pemain pertahanan iaitu Mohd Razman Roslan dan Mohd Saiful Nizam Miswan serta Azidan Sarudin selaku pemain tengah disebabkan penggantungan.

Namun sejak Isnin lalu, Pahang menukar jadual latihan mereka dengan menjadikan Temerloh sebagai lokasi terbaik bagi memantapkan pasukan bukan sahaja soal kecergasan, malah persefahaman di kalangan pemain.

BERITA HARIAN ONLINE 29.5.14

Tiada ulasan:

Catat Ulasan