Rabu, 28 Mei 2014

Piala FA: Tok Gajah rantai pemain import Johor DT

28/05/2014 7:08pm 
KUANTAN - Tok Gajah lancar misi merantai dua tonggak import utama Harimau Selatan menjelang perlawanan timbal balik separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur, di sini Jumaat ini.

Pada masa yang sama, Tok Gajah ingin melunas dendam saingan Piala FA musim lalu setelah dikecewakan oleh Harimau Selatan pada peringkat separuh akhir dengan hanya kelebihan jaringan di tempat lawan.

Pemain paling senior skuad kendalian Zainal Abidin Hassan itu, Jalaludin Jaafar berkata, beliau berazam membantu pasukannya untuk layak ke perlawanan akhir Piala FA pada tahun ini.

"Posisi pertahanan perlu diperkemaskan agar tidak mudah dirobek jentera serangan Johor Darul Takzim (Johor DT) yang diketui Luciano Figueroa dan Jorge Pereyra Diaz.

"Kedua-dua penyerang import Harimau Selatan ini sangat bahaya dan keserasian mereka telah membantu pasukannya kini berada di tangga kedua carta Liga Super," katanya kepada Kosmo! di sini hari.

Menurutnya, persiapan Tok Gajah untuk berdepan anak-anak buah Bojan Hodak sedikit terencat apabila tiga pemain utama tidak dapat beraksi kerana digantung satu perlawanan.

Jalaludin berkata, Razman Roslan terpaksa melupakan aksi separuh akhir kedua selepas menerima kad merah pada perlawanan menentang Terengganu sebelum ini dan Saiful Nizam Miswan serta Azidan Sarudin mengutip tiga kad kuning. - KOSMO!

SUMBER-KOSMO ONLINE 28.5.14

Tiada ulasan:

Catat Ulasan