Jumaat, 30 Mei 2014

Kecoh di Darul Makmur

Kecoh di Darul Makmur
Kecoh di Darul Makmur
Anggota RELA terpaksa mententeram keadaan ketika orang ramai berasak-asak membeli tiket perlawanan bola sepak separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang menentang JDT di kaunter tiket Stadium Darul Makmur, semalam.
Kuantan: Tidak dapat dipastikan sampai bila kekecohan yang berlaku ketika proses membeli tiket terutama membabitkan perlawanan tumpuan di Liga Malaysia (Liga-M) akan berakhir.

Semalam, selepas tidak sampai dua jam, semua tiket aksi separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) habis dijual sebaik kaunter Stadium Darul Makmur di sini, dibuka pada jam 9 pagi, berlaku kekecohan lagi.


Kekecohan kira-kira 20 minit itu dilakukan peminat yang tidak dapat membeli tiket dengan menjerit-jerit dan menendang pintu masuk ke kaunter tiket. Mereka tidak percaya 32,500 tiket yang diperuntukkan untuk aksi separuh akhir kedua itu habis tidak sampai dua jam.

Seorang penyokong Pahang, Mohd Helmi Khairuddin, 33 berkata, dia kecewa kerana tidak dapat membeli tiket untuk memberi sokongan kepada skuad Tok Gajah.

Agihan tiket

“Saya tidak sangka jualan tiket habis pada jam 10.30 pagi walaupun datang lebih awal,” katanya.

Bagi Sumairah Ibrahim, 23, dia yang datang ke stadium sejam lebih awal turut kecewa kerana tidak dapat bersama memberikan sokongan kepada skuad Pahang.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Fuzzeimi Ibrahim berkata insiden itu tidak menimbulkan keganasan melampau selepas penyokong yang gagal mendapatkan tiket untuk perlawanan itu berjaya ditenangkan.

“Hampir 12,000 tiket habis dijual dalam masa dua jam selepas lapan kaunter dibuka mulai 9 pagi dan 5,000 tiket juga habis dijual di di Stadium Mini Temerloh,” katanya.

Selain itu, Fuzzeimi berkata PBNP turut mengagihkan jualan kepada 12 persatuan bola sepak daerah yang juga ahli gabungan PBNP dengan peruntukan masing-masing 500 tiket daripada jumlah keseluruhan 32,500.

RUJUKAN-BERITA HARIAN ONLINE 30.5.14

Tiada ulasan:

Catat Ulasan