Sabtu, 22 Julai 2017

Tok Gajah tewaskan Melaka 2-0 biarpun bermain tanpa Dollah

 Liga Super Phg-Mlk
Liga Super Phg-Mlk
PEMAIN Pahang, Yamil Romero (jersi kuning dan biru) meraikan jaringan pertama skuad Tok Gajah selepas menewaskan penjaga gol Melaka United, Mohamad Firdaus Muhamad dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang malam ini. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN
MOHAMAD SHOFI MAT ISA
22 Julai 2017 11:05 PM
100
KUANTAN 22 Julai - Tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggantung khidmat Dollah Salleh selama 18 bulan tidak melunturkan semangat pemain Tok Gajah apabila berjaya menewaskan Melaka United 2-0, dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini malam ini.

Gol pasukan Pahang diperoleh pada minit kelima menerusi jaringan Yamil Romero dan Mohamadou Sumareh (minit ke-53).


Dalam perlawanan berkenaan, Dollah kelihatan berada di tempat duduk penonton selepas dikenakan hukuman digantung 18 bulan dan denda RM30,000 oleh FAM kerana mengkritik mutu pengadilan.

Hukuman berkuat kuasa mulai semalam, selepas diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM menerusi mesyuarat kelmarin. - UTUSAN ONLINE
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tok-gajah-tewaskan-melaka-2-0-biarpun-bermain-tanpa-dollah-1.506043#ixzz4nbnCfj4F

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan