Sabtu, 25 Februari 2017

Tok Gajah selesa

PEMAIN Melaka United, Surendran Ravindran (depan) diasak pemain Pahang, Jaewon Heo (belakang) ketika perlawanan saingan Liga Super 2017 di Stadium Hang Jebat, Krubong. FOTO MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER
Nazri Abu Bakar
am@hmetro.com.my


Melaka: Pahang berjaya meneruskan rentak cemerlang selepas menewaskan Melaka United (MU) 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat Paya Rumput malam tadi.

Malah Pahang membuka jaringan awal menerusi Joseph Kalang Tie minit ke-21 untuk selesa menekan tuan rumah yang memburu kemenangan.


Gol kedua pelawat hadir menerusi tandukan Matheus Leandro minit ke-43 sudah cukup selesa buat Pahang mendahului MU sebelum ke bilik persalinan.

Tanpa kelibat kapten pasukan Ilja Spasojevic ancaman MU ke gawang pelawat kurang tajam dengan hanya dua percubaan dilakukan tuan rumah pada babak pertama iaitu tandukan import Korea Jeon Woo Young minit ke-4 hasil hantaran R Surendran, namun tinggi melepasi palang gol pelawat.

Diikuti rembatan G Puneswaran minit ke-27 sekadar tepat ke dakapan penjaga gol Wan Muhammad Azraei Wan Teh.

Bagaimanapun Tok Gajah turut memiliki dua peluang menerusi import Brazil Matheus Leandro minit ke-7 dan Ashaari Samsudin minit ke-9, namun tidak berhasil.

Babak kedua menyaksikan tandukan pemain gantian Ahmad Khuzaimi Piee minit ke-52 diselamatkan penjaga gol Pahang Wan Muhammad Azraei.

Namun pelawat menambah jaringan ketiga pada minit ke-56 menerusi tolakan Sumareh Mohamadou menghukum kesilapan benteng tuan rumah.

Gol saguhati MU hadir minit ke-89 menerusi Ahmad Khuzaimi Piee.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Februari 2017 @ 11:17 PM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan