Jumaat, 14 Mei 2021

Sri Pahang tambah derita Perak FC

 SUKAN TERKINI



Sri Pahang berjaya mencuri tiga mata ketika bertemu Perak FC dengan kemenangan 3-2 sebentar tadi.

Sri Pahang tambah derita Perak FC

Oleh AZIZAN HASHIM

10 Mei 2021, 12:49 am

IPOH – Luka Perak FC bertambah parah apabila kecundang 2-3 di tangan Sri Pahang FC dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, malam ini.

Aksi babak pertama menyaksikan pasukan Perak FC menguasai permainan selama 30 minit tetapi gagal menyudahkan peluang-peluang yang dicipta.

Sri Pahang lebih bernasib baik apabila berjaya merobek gol menerusi jaringan Aung Kaung Mann pada minit ke-35.

Babak kedua Pahang menyerang bertalu-talu dan menambah derita tuan rumah pada minit ke-57 apabila Kenjol Wal Athiu rembat dari jarak dekat untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Bagaimanapun, penalti yang disempurnakan Leandro Dos Santos menghidupkan sisa peluang pada minit ke-67.

Namun, Atthiu menjaring gol ketiga Pahang pada minit ke-87 untuk menguburkan impian Perak bangkit mencuri mata.

Careca bagaimanapun meledak gol kedua pasukan tuan rumah pada masa kecederaan tetapi kedudukan 3-2 kekal hingga tamat perlawanan.

Sementara itu, The Bos Gaurus juga difahamkan bakal berdepan hukuman berikutan balingan suar ke dalam padang oleh peminat di minit-minit akhir perlawanan . – K! ONLINE.1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan