Rabu, 23 Mei 2018

Dollah kecewa trio Pahang buntu depan gol

SUKAN»Bola
Rabu, 23 Mei 2018 | 1:29pm
PEMAIN pertahanan Pahang, Mohd Faisal Mohd Rosli mengekang penyerang Kedah, Andik Vermansah (kiri) pada saingan Liga Super 2018 di di Stadium Darul Aman, malam tadi. - Foto BERNAMA
Dollah kecewa trio Pahang buntu depan gol
Oleh Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my
ALOR SETAR: Ketua Jurulatih Pahang, Dollah Salleh kecewa denan jentera serangan baharunya 'tidak menjadi' dan 'lambat panas' selepas Skuad Tok Gajah tewas 0-2  kepada Kedah dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman semalam.

Malah jentera pertahanan Kedah berjaya mengawal barisan serangan Pahang sehingga pergerakan mereka terbatas dan kurang aksi penyudah.

"Malam ni kita 'tak menjadi' terutama di bahagian jentera serangan kerana apa yang diharapkan daripada Austin Amutu, Patrick Cruz dan Issey Nakajima nampaknya tidak memberi impak di bahagian itu.

"Saya nampak Amutu dan Issey pada perlawanan pertama malam ini ada kekurangan dari segi tahap kecergasan yang ketara.

"Apa yang mereka lakukan dalam latihan sebelum ini, mereka tak dapat lakukan seperti yang dirancang dalam perlawanan pada malam ini," katanya ketika ditemui selepas perlawanan malam tadi.

Dollah juga mengakui pemain sensasi, Mahamadou Sumareh yang tidak dapat beraksi pada malam tadi turut memberi kesan pada corak serangan Pahang pada kali ini.

"Memang jika kebiasaan ada Sumareh, corak perlawanan kita akan berbeza kerana dia akan bawa bola sampai ke kotak penalti dan ketiadaannya (Sumareh) ada kesan pada prestasi perlawanan pada malam ini tetapi saya tidak boleh bergantung pada dia sahaja.

"Impak kemasukan pemain baharu iaitu Amutu dan Nakajima sewaktu latihan nampak begitu 'menjadi' cuma pada malam ini mungkin perlawanan pertama dan kedua-dua pemain itu agak kurang dari segi tahap kecergasan dan pergerakan mereka juga dilihat agak terbatas," katanya.

Ujar Dollah untuk perlawanan seterusnya menentang Kuala Lumpur nanti, beliau yakin kedua dua pemain akan tampil berbeza selain akan dapat keserasian dalam tempoh 90 minit permainan
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Rabu, 23 Mei 2018 | 1:29pm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan