Sabtu, 7 Mac 2015

Aura Tok Gajah

ROSILAWATI ROSEDI

7 Mac 2015
Aura Tok Gajah
Aura Tok Gajah Gandingan Matias Conti (depan) dan Dickson Nwakaeme pastinya menghadirkan gerun kepada pihak lawan.

TOK Gajah semakin berkeyakinan tinggi selepas menunjukkan jalan keluar terhadap Harimau Selatan dalam pusingan kedua Piala FA 2015 di Stadium Darul Makmur, di sini, Isnin lalu walaupun terpaksa bekerja keras dan ditentukan menerusi sepakan penalti.

Berdepan Sime Darby di laman sendiri sendiri dalam saingan Liga Super malam ini, skuad kendalian Zainal Abidin Hassan pastinya mempunyai tonik tersendiri dalam misi meraih tiga mata pertama dalam saingan liga musim ini.

Pada pusingan pertama musim lalu,Pahang tewas tipis, 0- 1 di laman lawan sebelum meratah Sime Darby, 4-1 di laman sendiri pada pusingan kedua liga.


JADI PILIHAN

Walaupun tuan rumah menjadi pilihan, namun Pahang  tetap perlu berwaspada dengan pelawat yang pastinya akan turut memberikan saingan sengit kerana Sime Darby juga dahagakan kemenangan pertama mereka.

Masih buntu meraih kemenangan, skuad tersebut yang kini menduduki ke-10 liga dengan memungut dua mata menerusi tiga perlawanan setakat ini, Pahang dilabelkan selaku pasukan pilihan untuk aksi malam ini berbanding lawan yang kini menduduki kedudukan tercorot liga tanpa sebarang mata.


BAKAT MUDA

Pahang juga pastinya akan terus menagih aksi cemerlang pemain muda tengahnya, Nor Azam Azih yang dilihat semakin menyerlah dan mendapat kepercayaan Zainal Abidin dalam senarai kesebelasan utama pasukan itu.

Gerakan dan corak matang dan bijak daripada pemain 20 tahun itu kian menjadi sebutan peminat dan Zainal Abidin bakal menggunakan khidmat pemain itu untuk memantapkan lagi jentera tengah bersama pemain berpengalaman, Mohd Hafiz Kamal, R Gopinanthan selain dijangka Azamuddin Mohd Akil dapat turun beraksi kali ini.

Kelibat pemain yang juga mesra dipanggil Alex itu memang di rindui dan ditagih pasukan selepas masih tidak dapat beraksi sejak saingan liga membuka tirai akibat kecederaan lutut kanan yang dihadapi pada aksi final Piala AFF-Suzuki di penghujung Disember tahun lalu.

SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 7.3.2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan