Jumaat, 2 Februari 2018

Nantikan sengat Davies

 
DAVIES (kanan) beraksi cemerlang membantu skuad B-23 negara pada aksi Kejohanan AFC di China. Foto fail
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my

KEJAYAAN membantu skuad muda negara melakar sejarah layak ke suku akhir Kejohanan B-23 AFC di China baru-baru ini menjadi pencetus semangat buat kapten Pahang, Matthew Davies.

Pemain kelahiran Australia itu berkata, prestasi cemerlang yang dipersembahkan bersama rakan sepasukan itu memberi inspirasi meyakinkan untuk membantu skuad Tok Gajah meraih kejayaan bermakna dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Davies menyatakan dia sememangnya tidak sabar untuk bersama Pahang apabila kembali menyertai latihan pada 18 Januari lalu, bagi menyesuaikan diri bersama rakan termasuk pemain baru.

“Saya cuma harapkan dapat meraih kejayaan dan mempamer semangat seperti dilakukan ketika bersama skuad B-23 kerana ia pencapaian luar biasa di China.

“Pada masa sama, saya bersama Azam (Nor Azam Azih) dan Kogi (R Kogileswaran) dan kami dalam skuad Pahang musim ini berusaha memburu kejuaraan.

“Apa yang diharapkan persefahaman bersama pemain lain untuk membantu Pahang menghasilkan keputusan terbaik musim ini,” kata pemain berusia 23 tahun itu.

Davies yang menyertai Pahang sejak 2015 dan mendapat kerakyatan Malaysia turut gembira kerana berada pada tahap kecergasan terbaik apabila Pahang memulakan saingan Liga Super bertemu Perak, Ahad ini.


SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 January 2018 @ 3:03 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan