Penyerang JDT, Ahmad Hazwan
Bakri (kanan) cuba melakukan rembatan ke arah pintu gol Sarawak dalam
perlawanan Liga Super di Stadium Negeri, Petra Jaya semalam. utusan/MOHAMAD
GUSTIE NOORAMBIA
01 Mac 2017 12:46 AM
KUCHING 28 Feb. – Selepas
mengharungi musim 2016 yang suram, Pahang akhirnya kembali sebagai pasukan
digeruni apabila merampas kedudukan pendahulu Liga Super dengan membenam PKNS
FC 3-0 dalam aksi di Stadium Darul Makmur, malam tadi.
Dalam satu lagi aksi tumpuan,
juara tiga musim berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) juga mula mempamer
kebangkitan dengan mencatat kemenangan kedua berturut-turut selepas mengalahkan
Sarawak 2-0 di Stadium Negeri, Kuching.
Pada ketika Kedah hanya akan
turun beraksi menentang Selangor di Selayang esok, Pahang merampas takhta
dengan mengumpul 16 mata hasil lima kemenangan daripada tujuh perlawanan musim
ini.
Gol-gol Tok Gajah disempurnakan
oleh Mohd. Afif Amiruddin, Matheus Alves Leandro dan Mohd. Ashari Samsudin.
Sementara itu, kebangkitan
Harimau Selatan merencatkan momentum baik yang ditunjukkan Sarawak apabila
menghadiahkan kekalahan keempat buat pasukan Bujang Senang musim ini.
Anak-anak buah David Usop
hampir menyumbat gol pertama menerusi tandukan Demerson Bruno Costa, namun
percubaannya berjaya ditepis keluar penjaga gol JDT, Mohd. Izham Tarmizi.
Selepas itu serangan bertali
arus dilancarkan kedua-dua pasukan dengan JDT mendapat gol pertama setelah
penjaga gol Sarawak, Mohd. Shahril Sa’ari menumbuk keluar hantaran ke depan
gawang namun disambut dengan tendangan kencang Gonzalo Gabriel menerjah gawang
pada minit kesembilan.
Pasukan Harimau Selatan yang
kelihatan menguasai perlawanan ketika itu hampir mendapat gol kedua pada minit
ke-28 apabila hantaran satu dua Gonzalo dengan Ahmad Hazwan Bakri berjaya
melepasi pertahanan namun sepakan Gonzalo tersasar keluar gawang gol.
Pada separuh masa kedua,
permainan semakin rancak dengan pasukan tuan rumah mendapat tendangan percuma setelah Marteo
Roskam dijatuhkan di luar petak kotak penalti pada minit ke-58.
Bagaimanapun, tendangan percuma
yang diambil Mark Andrew Hartmann tersasar melepasi gawang lawan.
Gonzalo sekali lagi menjadi
wiraJDT apabila membuat hantaran satu dua dengan ketua pasukan, Safiq Rahim
bagi melepasi pertahanan lawan sebelum menggelecek penjaga gol dan menendang
bola ke dalam gawang pada minit ke-70.
Kemenangan meletakkan JDT di
tangga ketiga liga dengan 11 mata manakala Sarawak jatuh ke kedudukan
kesembilan hasil empat kekalahan, dua kemenangan dan satu s
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tok-gajah-rampas-takhta-1.450496#ixzz4aHKKUai9
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan