ARKIB : 08/01/2001
Azizul berkata, walaupun
hatinya berat untuk memadamkan hasrat itu, dia perlu memilih jalan selamat
dengan bersetuju untuk kekal di Pahang asalkan dapat menyertai Liga Malaysia
musim ini.
Bekas penyerang kebangsaan ini
mengakui, tidak rela kehilangan mata pencariannya itu apabila melihatkan
kerenah Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dan Persatuan Bola Sepak
Perak (PAFA) ketika ini yang masih bertikam lidah.
"Selagi persatuan tidak
dapat menyelesaikan urusan penghijrahan, selagi itulah nasib saya sendiri
terawang-awang. Lebih membimbangkan saya, akhirnya yang dikendung berciciran,
yang dikejar lagi tak dapat.
"Kali ini biarlah saya
terus bersama Pahang. Saya tak mahu gembira yang disangka tiba berubah menjadi
sebaliknya,'' kata penjaring terbanyak Perdana Satu ini.
Akur bahawa dia sendiri yang
akan menjadi mangsa di tengah-tengah sengketa Gajah dan Seladang, Azizul
menambah, keadaan semasa turut menuntutnya melakukan sesuatu yang drastik.
Sebuah akhbar berbahasa
Ingge-ris kelmarin memetik Naib Presiden I PBNP, Datuk Jamal Nasir Ismail
sebagai berkata, antara sebab Azizul tidak jadi berhijrah ialah dia baru sahaja
berkahwin dan mungkin sukar menyesuaikan diri di tempat lain.
Bagaimanapun baru-baru ini,
PBNP yang menyedari nilai Azizul, meletakkan harga kurang RM100,000 sebagai
yuran perpindahan kepada sebarang pasukan lain untuk mendapatkan khidmatnya
se-lain menggesa sijil pelepasan beliau, dipohon secara rasmi terlebih dulu.
Mendapati PBNP cuba mengambil
kesempatan sekali pun kontrak Azi-zul sudah berakhir, Timbalan Presiden PAFA
yang juga pengurus pasukan Perak, Jamal Nasir Rasdi lalu menyifatkan yuran
sebanyak itu sebagai keterlaluan malah belum tiba masanya untuk dilaksanakan.
Dalam pada itu, Azizul turut
menyatakan kesanggupan untuk menerima tawaran gaji lebih rendah daripada PBNP
iaitu RM4,500 sebulan yang jauh berbeza dengan pendapatan yang diterimanya pada
musim lalu.
"Yang penting ialah saya
sudah bertekad untuk berjuang bersama tenaga senior lain seperti Azaruddin
Aziz, Ahmad Shaharuddin Rosdi dan Mohd. Ali Tahar bagi mengembalikan maruah
Pahang selepas gagal mempertahankan gelaran liga musim lalu.''
Walau bagaimanapun kata Azizul,
dia tetap berterima kasih dan tetap menghargai Perak yang berminat untuk
mendapatkan khidmatnya di sebalik kemantapan jentera serangan mereka yang
dibarisi V. Saravanan dan Khalid Jamlus.
"Keadaan tidak
mengizinkan. Janganlah ada yang memandang serong terhadap pembatalan hasrat
itu. Keputusan ini pun diambil setelah saya fikirkan sedalam-dalamnya,'' kata
Azizul.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_01.htm#ixzz4bJbJ36sm
© Utusan Melayu (M) Bhd
ARKIB : 07/01/2001
Tiada ulasan:
Catat Ulasan