Oleh Asrol Awang
bhsukan@bh.com.my
PEMAIN
pertahanan Pahang, Mohd Faisal Rosli. - Foto Muhd Asyraf Sawal KUANTAN: Pemain
pertahanan Pahang, Mohd Faisal Rosli mahu rakan sepasukannya melupakan terus
episod kekalahan kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) kelmarin dan perlu mempamerkan
persembahan lebih mantap selepas ini.
Baginya, kekalahan itu tidak akan memadam
misi skuad Pahang untuk kembali menguasai persada Liga Super bahkan
menganggapnya sebagai perlawanan yang penuh dengan pengajaran dan pencetus
semangat.
Pemain kelahiran
Kuala Rompin, Pahang ini akur, kekalahan kepada skuad Harimau Selatan itu
memberi pengalaman berharga kepadanya serta rakan sepasukan lain untuk lebih
bersedia mengekang asakan lawan.
"Apa yang
diperkatakan jurulatih (Dollah Salleh) - pemain perlu mengambil pengajaran di
atas kekalahan itu adalah tepat dan ia adalah bagi memastikan kami kembali
memperbaiki kelemahan diri.
"Kami sudah mencuba sebaik mungkin
tetapi lawan mempamerkan prestasi lebih baik walaupun kami menjaringkan gol
awal," katanya. Setakat ini, selepas mengharungi lapan perlawanan, Pahang
sudah melepaskan 10 gol untuk berada di tangga kedua liga dengan mengutip 16
mata manakala 18 mata kini milik pendahulu liga, Kedah.
Mohd Faisal mengharapkan
prestasi lebih baik akan dipersembahkan skuad itu menjelang aksi pusingan
ketiga Piala FA bertemu Melaka United di Stadium Darul Makmur, Sabtu ini.
"Saya
percaya tempoh rehat seminggu ini akan memberi lebih ruang untuk kami kembali
cergas selepas mengharungi jadual padat. "Kami mahu Pahang memanfaatkan
kelebihan di laman sendiri untuk layak ke suku akhir piala berprestij
itu," katanya.
Sumber-Selanjutnya
di : http://www.bharian.com.my/node/256301#cxrecs_s
Tiada ulasan:
Catat Ulasan