PENYERANG JDT Ahmad Hazwan
Bakri menjerit kegembiraan apabila menjaringkan gol pada perlawanan menentang
Pahang dalam Liga Super di Stadiujm Larkin, 3 Mac lalu. - UTUSAN ONLINE/RAJA
JAAFAR ALI
08 Mac 2017 12:59 PM
28
KUANTAN 8 Mac - Ketua jurulatih
Pahang, Dollah Salleh berkata, kemenangan ke atas Melaka United dalam saingan
Piala FA pada Sabtu ini mampu memulihkan kembali semangat dan moral para
pemainnya.
Beliau berkata, ia juga secara
langsung akan memperbaiki imej skuad Tok Gajah yang tercalar selepas tewas 2-3
kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) sebelum ini.
"Saya tidak sabar untuk
menunggu perlawanan ini berlangsung di Stadium Darul Makmur. Ini kerana aksi
tersebut mampu memulihkan kembali imej pasukan, semangat dan moral pemain kami.
"Walaupun prestasi Melaka
United sejak kebelakangan ini tidak begitu menjadi, kita tidak boleh menganggap
mudah dengan cabaran mereka kerana mana-mana pasukan yang bermain dalam Liga
Super adalah yang terbaik," katanya.
Dollah juga berkata, kesemua
pemainnya bersedia untuk beraksi dalam kesebelasan utama hingga menyebabkan
beliau kadang kala berada dalam dilema untuk memilih pemain yang bakal
diturunkan pada setiap perlawanan.
"Ramai yang boleh beraksi
sehingga ada dalam kalangan pemain utama kami yang bimbang mendapat kecederaan
kerana enggan tempat mereka diambil rakan lain. Cuma saya risau mereka rasa
hampa jika tidak diturunkan dan ini boleh menjejaskan moral mereka.
"Nasihat saya adalah agar
mereka tidak rasa kecil hati dan terus mempamerkan prestasi (cemerlang) kerana
ruang untuk mereka beraksi sentiasa terbuka," katanya. - BERNAMA
Sumber-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tewaskan-melaka-united-mampu-pulih-moral-semangat-pemain-dollah-1.453435#ixzz4aim7XEKT
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan