ARKIB : 08/04/2001
PAHANG melonjak ke tempat teratas
dalam carta bola sepak Liga Perdana Satu sekalipun cuma menang tipis 1-0 ke
atas Kuala Lumpur pada perlawanan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, semalam.
Penyerang muda, Khairul Anuar
Karim memastikan tiga mata menjadi milik Tok Gajah dengan jaringan tunggalnya
pada minit ke-32.
Ia sekali gus meletakkan Pahang
di tangga teratas walaupun berkongsi mata dengan Terengganu dan Pulau Pinang
tetapi Tok Gajah mengatasi dua pasukan itu atas perbezaan jaringan.
Sementara itu, juara liga 1998,
Pulau Pinang mencatat kemenangan 3-1 ke atas Sarawak dalam Liga Perdana Satu
pada perlawanan di Stadium Batu Kawan, semalam.
Pulau Pinang memperoleh gol
pertama pada minit ke-30 menerusi Mohd. Noor Derus sebelum Hasmawi Hassan mudah
menolak masuk gol kedua pada minit ke-70.
Bagaimanapun, Ramles Sari
merapatkan jurang minit ke-83 tetapi Ooi Hoe Guan melebarkan jaringan buat
Pulau Pinang pada minit terakhir perlawanan.
Di Stadium Majlis Perbandaran
Selayang, Melaka menumpaskan Perlis 2-1.
Gol-gol Melaka dijaringkan oleh
Mohd. Khaironizam Shabudin pada minit ke-53 (gol sendiri) dan Sri Jaafar Rahman
(62) manakala gol Perlis oleh Anuar Jusoh pada minit ke-48.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0408&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4ba661VZr
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan