Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
wanfakhrul@kosmo.com.my
MALAM kelmarin, satu sejarah
telah tercipta di Stadium Shah Alam.
Bukan kerana Selangor muncul
juara Liga Super buat kali pertama tetapi sejarah yang dimaksudkan ialah Pahang
yang buat pertama kalinya tersingkir ke saingan liga bawahan sejak liga
semi-pro diperkenalkan pada 1989.
Kekalahan 1-5 kepada Selangor
malam kelmarin menyebabkan skuad Tok Gajah bimbingan Dollah Salleh itu
menamatkan 26 perlawanan Liga Super musim ini di tangga kedua tercorot.
Secara automatik, dua pasukan
tercorot Liga Super akan tersingkir ke Liga Perdana musim berikutnya.
Namun, pada Kongres Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM) ke-46 pada 21 Jun lalu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad
Shah selaku Presiden FAM biarpun tidak hadir sempat menyampaikan titahnya
menerusi Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad yang mahu- kan
format Liga Malaysia dirombak musim depan.
Pemerhati dan juga peminat bola
sepak tempatan melihat cadangan Presi- den FAM itu secara umumnya mahu me- nyelamatkan
pasukan Pahang daripada beraksi di saingan liga bawahan pada musim depan.
Kenapa perlu diubah format liga
yang dilihat sudah stabil sedangkan FAM sepatutnya perlu mencari jalan untuk
memperkasakan lagi saingan liga sedia ada?
Jika masalah kewangan
pasukan-pasukan bertanding dijadikan alasan, kenapa pula format yang perlu
dipersalah- kan sedangkan pihak yang terlibat itu sepatutnya mencari jalan bagi
menyele- saikan masalah kewangan tersebut.
Tindakan mahu mengubah format
liga musim depan sebenarnya 'ulangan' kepada tindakan FAM ketika mereka menukar
format Liga Malaysia untuk musim 2007 sejurus berakhir saingan musim 2006.
Pada musim 2004, 2005 dan 2006,
FAM menetapkan lapan pasukan sahaja beraksi pada Liga Super tetapi mereka
membuat keputusan mengubahnya kepada 14 pasukan untuk musim 2007.
Alasan yang sama digunakan FAM
ketika itu iaitu mahu Liga Super lebih kompetitif sedangkan pada saingan 2006
itu, Pahang menduduki tangga ketujuh daripada lapan pasukan dan sepatutnya
turun ke Liga Perdana musim 2007.
Disebabkan perubahan format
baru itu, Pahang tidak disingkirkan ke Liga Perdana, sebaliknya diberi peluang
beraksi dalam saingan playoff bagi menentukan 14 pasukan yang layak beraksi
pada Liga Super format baru pada 2007.
Pada perlawanan playoff pertama
iaitu pada 18 dan 21 Jun 2006, Pahang tewas dengan agregat 1-2 kepada Brunei
DPMM selepas seri 0-0 pada perlawanan di tempat sendiri sebelum tewas 1-2 di
tempat lawan.
Namun, Pahang diberi peluang
kedua apabila bertemu Sabah pula dalam perlawanan playoff kedua pada 25 dan 28
Jun 2006 dan kali ini mereka berjaya juga ke Liga Super selepas menang dengan
agregat 4-3.
Menjelang perbincangan format
baru di antara FAM dan barisan setiausaha agung persatuan bola sepak (FA)
negeri dan kelab yang akan berlangsung pada 3 Ogos depan, mereka sepatutnya
membuat satu keputusan terbaik demi menjaga maruah bola sepak negara.
Buat Presiden FAM, biarlah
pasukan yang layak beraksi dalam Liga Super sahaja dibenarkan bertanding kerana
jika baginda tetap mahukan Pahang kekal dalam Liga Super, ia hanya akan
mencacatkan kemeriahan saingan.
Ini kerana berdasarkan prestasi
pasukan Pahang musim ini, hanya saingan Liga Perdana lebih sesuai buat mereka,
bukannya saingan Liga Super.
Biarlah Pahang kembali layak ke
Liga Super 2011 berdasarkan merit dua pasu- kan teratas Liga Perdana 2010,
bukan- nya atas 'ihsan'.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0727&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4aLibocjo
Hakcipta terpelihara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan