ARKIB : 24/12/2000
JAMAL: Kami yakin dapat
mencontohi pasukan 1996, mara ke perlawanan akhir.
Saya fikir pasukan kali ini
mantap, sebab masih ada enam pemain lama dalam skuad Tok Gajah. Malahan pemain
muda datangnya dari skuad Sukan Malaysia 2000 yang lalu yang membawa pulang
pingat emas.
Jurulatih Sukma, Ahmad Yusuf,
kami lantik menjadi penolong jurulatih.
U: Yunus Aliff menjadi ketua
juru-latih merangkap pengurus pasukan. Tidakkah ini membebankan?
J: Tidak. Pengurusan dalaman
banyak dibuat oleh setiausaha, dia menguruskan pasukan, jika ada tugas penolong
pengurus boleh bantu termasuk soal penginapan, pengangkutan dan sebagainya.
Tugasnya dalam pasukan tiada
siapa yang boleh ganggu.
Ini jelas, ada pemain yang
digugurkan, dia panggil balik. Itu keputusan jurulatih.
U: Tawaran gaji yang lebih
rendah berbanding musim lalu mungkin akan menjejaskan prestasi pemain?
J: Saya rasa tak, sebab
majoriti pemain kita ambil adalah dari Liga Simpanan. Jika pendapatan terjejas
pun, mungkin Azaruddin Aziz, Ahmad Shaharuddin Rosdi. Tetapi bezanya tidaklah
banyak.
Adalah sikit kekurangan, tetapi
saya yakin prestasi mereka tidak akan terjejas.
U: Berapa banyak perbezaan gaji
pemain senior dengan pemain baru?
J: Saya tidak boleh jelaskan di
sinilah tapi sudah tentu lebih daripada RM2,000 (sebulan). Gaji mereka (pemain
senior) di bawah RM5,000.
U: Selalu bila pemain tanya
mengenai perkara ini, PBNP kata, kami bayar lebih sedangkan pemain kata tidak,
apa komen Datuk?
J:Yelah...sekarang kurang
daripada RM5,000.
U: Bagaimana dengan soal
insentif, yang biasa diberikan kepada pasukan apabila mencipta kemenangan?
J: Kita sudah tidak ada lagi
insentif, tetapi jika mereka juara Liga Malaysia, hadiah RM150,000 itu milik
mereka, malahan wang kutipan tiket yang diberikan kepada persatuan, kami beri
kepada mereka. Itulah bonus yang kami beri.
U: Bagaimana dengan gaji pemain
musim ini yang masih tertunggak?
J: Kita tengah berusaha untuk
menyelesaikannya. Mestilah sebelum raya.
U: Berapa jumlah tunggakan
tersebut. Anggarannya?
J: Memang banyak. Tak boleh nak
cakap itu. Anda bayangkan gaji (pemain) tahun ini mahal-mahal belaka. Kalau dah
empat lima bulan tak bayar, cubalah anda hitungkan.
U: Berapakah belanjawan untuk
Liga Malaysia?
J: Sebanyak RM1.5 juta. Secara
kasarnya. Kita kurangkan seratus peratus. Musim ini, RM2.7 juta.
U: Gaji pemain di luar musim.
Yang minimum bergaji RM1,500 lebih, dapat RM1,000 waktu itu sedangkan yang
dapat RM2,000 lebih cuma dapat separuh daripadanya. Bagaimana?
J: Soalnya, kalau mahu cerita
tak puas hati, memang semua tak puas hati. Sebagai contoh, satu pemain senior
tercedera. Tak boleh main sebulan dua, gaji RM4,000 tapi pemain baru RM1,500
dia main tetap, tak pernah cedera. Bagaimana anda rasa?
Itu duduk saja boleh dapat
RM4,000.
U: Berapa lama tempoh kontrak
pemain kali ini?
JAMAL: Setahun. Kami mahu
melihat prestasi mereka, kalau tidak bagus, kami pecat.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=1224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_04.htm#ixzz4bEAhE88t
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan