ARKIB : 08/01/2001
Jamal mengarahkan Azizul berjumpa
sendiri dengan Presiden PBNP, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sekiranya masih
lagi berminat mewakili Tok Gajah.
20 Disember 2000: Tengku Abdullah
menegaskan, Azizul tidak akan dilepaskan dengan sewenang-wenangnya tanpa sijil
pelepasan rasmi PBNP malah kontrak bekas penyerang kebangsaan itu dengan
sebarang pasukan lain akan dianggap tidak sah tanpanya.
21 Disember 2000: Azizul tidak
muncul di Ipoh seperti yang dijadualkan untuk berbincang dengan pegawai PAFA.
Kalangan pemain Perak memberitahu, Azizul memberi alasan terpaksa menangguhkan
kedatangannya kerana masalah peribadi.
Di Kuantan, Azizul mengakui,
'jodohnya' dengan Pahang sudah berakhir kerana melihatkan keadaan kewangan PBNP
yang tenat terutama masalah gaji musim lalu yang tertunggak lima bulan.
Dia menambah, hatinya kini
cenderung ke negeri lain tetapi tidak mendedahkan pasukan mana pilihannya.
22 Disember 2000: Jamal
meletakkan yuran perpindahan kira-kira RM250,000 kepada PAFA yang dikatakan
mahu memancing khidmat Azizul. Yuran itu katanya, memang telah termaktub dalam
peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
25 Disember 2000: Jamal
menjelaskan, yuran perpindahan yang dikenakan PBNP kepada PAFA untuk
mendapatkan khidmat Azizul sebenarnya kurang daripada RM100,000 dan tidak
mencecah RM250,000.
Jamal bagaimanapun berkata, kadar
tersebut bukanlah muktamad dan sedia menawarkan rundingan dengan PBNP untuk
mencari kata sepakat tentang kadar yang sewajarnya.
26 Disember 2000: Azizul
mengesahkan secara lisan, dia akan menyertai Perak walaupun terpaksa menunggu
sehingga proses penghijrahannya melalui sijil pelepasan dan yuran perpindahan
diselesaikan antara PBNP dan PAFA.
4 Januari 2001: Pengurus pasukan
Perak dan Timbalan Presiden PAFA, Jamal Nasir Rasdi menyifatkan tindakan PBNP
mengenakan yuran perpindahan Azizul sebagai keterlaluan dan belum tiba masanya
kerana keadaan kewangan kebanyakan persatuan juga belum stabil.
5 Januari 2001: Setiausaha PBNP,
Ahmad Fuad Daud menggesa PAFA dan Azizul sendiri memohon secara rasmi kepada
pihaknya berhubung sijil dan yuran berkenaan daripada terus bertikam lidah di
akhbar.
Fuad juga mengajak kedua-duanya
berjumpa terus dengan PBNP dalam pertemuan tiga penjuru bagi meleraikan kemelut
penghijrahan Pemenang Kasut Emas Perdana Satu musim lalu itu.
6 Januari 2001: Jamal (PBNP)
mendedahkan Azizul sudah mengubah fikiran daripada berhijrah sebaliknya
bersetuju untuk kekal di Pahang sekali gus menutup pintu terhadap usaha Perak.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_03.htm#ixzz4bJ2fvr2o
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan