LWEB AHMADYAAKOB
Pemain Kelantan, Zairul Fitree
diasak pemain Pahang pada perlawanan bola sepak Piala Malaysia di Stadium Darul
Makmur, Kuantan, malam tadi. Keputusan terikat 1-1. - Utusan/AHMAD ZAKKI JILAN
KUANTAN - Hasrat juara
bertahan, Kelantan mencari kemenangan pertama di tempat lawan gagal apabila
sekadar seri 1-1 dengan Pahang dalam pembukaan saingan Piala Malaysia di
Stadium Darul Makmur di sini, semalam.
Kelantan membuka tirai
perlawanan menerusi ketua pasukan, Mohd. Badri Radzi atau Piya setelah
menyambar bola yang terkena R. Gobinathan sebelum menewaskan penjaga gawang,
Mohd. Khairul Azhan seawal minit ke-8.
Tersentak dengan jaringan itu,
Pahang berusaha bangkit menyamakan kedudukan dengan melakukan beberapa
percubaan menarik, namun pertahanan pasukan pelawat sukar digugat.
Minit ke-85 menyaksikan Pahang
berjaya memecahkan kebuntuan mencari gol penyamaan setelah pemain importnya,
Damion Delano Stewart menanduk masuk bola ke gawang Kelantan hasil hantaran
Mohd. Hafiz Kamal.
Terdahulu, separuh masa pertama
menyaksikan Pahang hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-17 setelah Matias
Ruben Conti menanduk bola ke gawang lawan selepas menerima hantaran lintang
Mohd. Saiful Nizam, namun melewati palang gol.
Malah, usaha Tok Gajah mencari
gol penyamaan terus buntu meskipun memperoleh peluang pada minit ke-41, apabila
Amirul Hadi Zainal melakukan percubaan dengan merembat dari luar kotak penalti
namun bola ditepis keluar oleh penjaga gol The Red Warriors, Khairul Fahmi Che
Mat.
Skuad Kelantan kendalian Bojan
Hodak turut mengasak kubu tuan rumah menerusi Indra Putra Mahayuddin pada minit
ke-36, namun hampa.
Nasib malang menimpa pasukan
Kelantan yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Mohd. Fakri Sharani
menerima kad merah kerana mengasari Mohd. Hafiz Kamal pada minit ke-64.
Pahang juga turut menerima
nasib sama setelah R. Surendren pula dilayangkan kad merah akibat tindakannya
menendang Daudsu Jamaluddin pada minit-81.
Rujukan:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130821/su_01/Kelantan-akur#ixzz2cbQADjUv
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan