ARKIB : 13/06/1999
PEMAIN Kedah, Radhi Mat Din
menggunakan kemahiran tersendiri untuk mengawal bola biarpun diekori Burhan
Ajui dari Sabah pada perlawanan bola sepak Perdana Satu di Stadium Likas, Kota
Kinabalu, semalam. Sabah menang 2-1. - Gambar GHAZALI BASRI.
PAHANG menghampiri matlamat untuk
menjuarai Liga Perdana Satu musim ini apabila menang tipis 1-0 ke atas pencabar
terdekatnya Pulau Pinang di Stadium Darulmakmur, Kuantan, semalam.
Perlawanan kedua pasukan yang
berada di dua tempat teratas liga itu nyata hebat dengan insiden yang menghiburkan.
Perlawanan itu bagaimanapun
dicemari dengan pergaduhan antara pemain pertahanan Pahang, K. Ramachandran dan
penyerang Azman Adnan sehingga kedua-dua dibuang padang pada minit ke-68.
Saingan sengit antara kedua-dua
pasukan bermula sebaik sahaja wisel ditiupkan. Namun, pasukan Pahang yang lebih
awal melancarkan serangan dan berjaya mendapatkan gol pertama seawal minit
keempat melalui penyerang utamanya, Azizul.
Gol itu berpunca daripada
hantaran Hairul Nizam Haniff yang gagal ditolak keluar oleh pertahanan Pulau
Pinang dan akhirnya dirembat masuk oleh Azizul.
Perlawanan kedua-dua pasukan
ini nyata sengit dengan beberapa percubaan yang hampir menghasilkan gol
sehingga menggamatkan kira-kira 15,000 penonton.
Azman Adnan yang dikawal ketat,
berjaya membolosi pertahanan Pahang pada minit keenam, namun sepakan leretnya
ditepis keluar oleh Mudzar.
Pahang yang menguasai
perlawanan babak pertama, juga melancarkan serangan bertubi-tubi dan beberapa
kali hampir menewaskan Azlisham Ibrahim.
Perlawanan babak kedua bermula
agak perlahan tetapi bertukar menjadi rancak dan keras sehingga mencetuskan
insiden pergaduhan antara pemain Pahang R. Ramachandran dan Azman Adnan.
Namun begitu babak kedua juga
menyaksikan percubaan menarik kedua-dua pihak memaksa penjaga gol kedua-dua
pasukan menyelamatkan beberapa percubaan. Mudzar bertindak cemerlang pada minit
ke-66 menangkap kemas sepakan Woon Seang.
Ketika perlawanan berbaki tiga
minit lagi, Pulau Pinang berjaya membolosi gawang Pahang melalui R. Suresh
Kumar namun gol itu tidak disahkan kerana ofsaid.
Sementara itu, jaringan pada
minit akhir oleh Henry Saimpon membantu Sabah meraih tiga mata penuh, sekali
gus layak secara automatik ke Piala Malaysia apabila menewaskan Kedah 2-1 di
Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Sebelum itu, perlawanan
kelihatan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti setelah kedudukan
terikat 1-1.
Pasukan pelawat lebih dulu
membuka jaringan menerusi Norizam Ali Hassan pada minit kesembilan
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_01.htm#ixzz4RsLP4pk5
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan