ARKIB : 10/09/1999
PENJAGA gol utama Pahang,
Mudzar Mohamad menjadi penerima jumlah paling tinggi dengan meraih RM16,400
dalam senarai 24 pemain yang menerima bonus daripada Persatuan Bolasepak negeri
Pahang (PBNP), lapor BORHAN ABU SAMAH.
Mudzar, yang disifatkan penjaga
gol paling konsisten dalam skuad Tok Gajah berbanding Zuraimi Hassan sering
diturunkan walaupun beberapa kali mengadu cedera.
Majlis penyampaian bonus di
Kuantan kelmarin dilakukan oleh Timbalan Presiden PBNP, Tengku Muda Tengku
Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan ia dihadiri oleh semua pemain.
Bonus yang keseluruhannya
berjumlah RM269,000 dibayar kepada pemain dan pegawai berikutan muncul juara
Liga Malaysia selain layak ke pertandingan Piala Malaysia.
Tengku Abdul Rahman dalam
sidang akhbar di Kuantan selepas itu berharap para pemain akan memberi komitmen
sepenuhnya bagi mengharungi persaingan Piala Malaysia.
''Saya juga mengucapkan terima
kasih kepada para pemain yang terus bersabar menunggu bayaran bonus mereka dan
terus bermain dengan baik,'' katanya.
Sebelum ini, kebanyakan pemain
Pahang merungut kerana PBNP lewat membayar bonus sebagaimana yang telah
dijanjikan oleh persatuan.
Tengku Abdul Rahman berharap
kejayaan yang dicapai oleh pasukan Pahang akan dapat menarik lebih ramai
peminat untuk membanjiri Stadium Darulmakmur untuk menyaksikan pasukan mereka
beraksi.
PBNP bagaimanapun enggan
mendedahkan butiran penuh senarai pemain dan kakitangan serta jumlah bonus yang
diterima para pemain.
Pada majlis yang sama, Tengku
Abdul Rahman mengumumkan khidmat jurulatih Fuzzemi Ibrahim yang mengambilalih
tugas daripada Alan Davidson dilanjutkan setahun lagi.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0910&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_05.htm#ixzz4SFlicgy2
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan