Aziman Rosdi dan Asrol Awang
sukan@hmetro.com.my
Kuantan: Adakah bekas penyerang
skuad remaja kelab gergasi Argentina, Boca Juniors Yamil Romero akan menjadi
senjata rahsia Pahang pada final Piala FA menentang Kedah di Stadium Shah Alam,
Sabtu ini masih belum pasti kerana pemain itu belum didaftarkan oleh Persatuan
Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).
Romero, 21, difahamkan sudah
menandatangani kontrak dengan skuad Tok Gajah baru-baru ini dan kini giat
menjalani latihan di bawah bimbingan Dollah Salleh.
Dia boleh beraksi pada final
Piala FA jika sempat didaftarkan sebelum perlawanan itu pada tempoh perpindahan
pemain kedua yang sudah dibuka semalam hingga 11 Jun depan.
Perkara itu disahkan oleh Ketua
Pegawai Eksekutif Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) Kevin
Ramalingam kepada Arena Metro semalam.
“Setakat ini kami masih belum
menerima pendaftaran lengkap mana-mana pemain import oleh PBNP. Malah kami juga
tidak menerima pembatalan pemain import sedia ada dalam pasukan Pahang oleh
PBNP untuk mendaftarkan pemain baru.
Sumber-Artikel ini disiarkan
pada : Selasa, 16 Mei 2017 @ 5:05 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan