Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Kelincahan pemain
sayap Kedah, Syazwan Zainon (gambar) nyata menjadi bayangan ngeri buat ketua
pasukan Pahang, Matthew Davies apabila mengakui gagal menjalankan tugasnya
merantai pergerakan pemain itu yang membantu Lang Merah muncul juara Piala FA
buat kali keempat.
Davies yang beraksi di
pertahanan kanan menjelaskan, gol pertama Kedah menerusi Ken Ilso berpunca
daripada gerakan pantas Syazwan di sebelah tepi yang kemudiannya menyilangkan
hantaran kepada Ilso untuk menanduk mudah menewaskan penjaga gol Tok Gajah, Wan
Azraie Wan Teh.
“Dia (Syazwan) amat laju dan
pemain yang licik. Saya akui gol pertama mereka itu berpunca kesalahan saya
kerana terlalu memberi ruang kepadanya.
“Apa yang pasti, kami perlu
segera melupakan kekalahan ini dan bangkit pada aksi Liga Super menentang
Selangor, Rabu ini,” ujar pemain naturalisasi dilahirkan di Australia itu.
“Saya akui amat kecewa dengan
kekalahan ini kerana kami berusaha keras daripada awal saingan Piala FA untuk
melangkah ke pentas akhir malam ini (kelmarin).
“Namun, ini adalah adat bola
sepak kerana pasti ada pasukan yang akan kecewa pada aksi final,” kata pemain
kebangsaan berusia 22 tahun itu.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Isnin, 22 Mei 2017 @ 10:26 AM
Kuala Lumpur: Kelincahan pemain sayap Kedah, Syazwan Zainon (gambar) nyata menjadi bayangan ngeri buat ketua pasukan Pahang, Matthew Davies apabila mengakui gagal menjalankan tugasnya merantai pergerakan pemain itu yang membantu Lang Merah muncul juara Piala FA buat kali keempat.
Davies yang beraksi di pertahanan kanan menjelaskan, gol pertama Kedah menerusi Ken Ilso berpunca daripada gerakan pantas Syazwan di sebelah tepi yang kemudiannya menyilangkan hantaran kepada Ilso untuk menanduk mudah menewaskan penjaga gol Tok Gajah, Wan Azraie Wan Teh.
“Dia (Syazwan) amat laju dan pemain yang licik. Saya akui gol pertama mereka itu berpunca kesalahan saya kerana terlalu memberi ruang kepadanya.
“Apa yang pasti, kami perlu segera melupakan kekalahan ini dan bangkit pada aksi Liga Super menentang Selangor, Rabu ini,” ujar pemain naturalisasi dilahirkan di Australia itu.
“Saya akui amat kecewa dengan kekalahan ini kerana kami berusaha keras daripada awal saingan Piala FA untuk melangkah ke pentas akhir malam ini (kelmarin).
“Namun, ini adalah adat bola sepak kerana pasti ada pasukan yang akan kecewa pada aksi final,” kata pemain kebangsaan berusia 22 tahun itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan