PENJAGA gol Kelantan, Mohamad
Ramadhan Ab. Hamid berjaya menangkap bola hasil percubaan pemain Pahang dalam
aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan, semalam.
Zamzurina Ahmad
08 Mei 2017 3:00 AM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to
TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More
KUANTAN 7 Mei - Kekuatan
dimiliki skuad Tok Gajah kini sudah diketahui kebanyakan pasukan lain dalam
kancah Liga Super yang kini memasuki pusingan kedua.
Ketua jurulatih Pahang, Dollah
Salleh akui perkara tersebut yang memberi isyarat jelas bahawa perubahan harus
dilakukan agar pasukan kembali bangkit memperoleh kemenangan.
"Perubahan harus dilakukan
selepas kegagalan Pahang mempertahankan rekod tanpa kalah di Stadium Darul
Makmur di sini semalam selepas ditewaskan 3-2 oleh Kelantan bagi aksi Liga
Super.
"Pasukan-pasukan lain
sudah tahu kekuatan Pahang, sebab itulah kita semakin sukar untuk menjaringkan
lebih daripada dua gol. Banyak yang harus diperbetulkan khususnya di bahagian
serangan," katanya kepada pemberita selepas tewas buat kali pertama bagi
aksi di laman sendiri semalam.
Kelantan meraih gol pembukaan
menerusi penyudah Alessandro Celin ketika minit ke-17, diikuti dua jaringan
disudahkan seorang lagi penyerang, Mohamad Ghaddar pada minit ke-72 dan ke-78.
Pahang pula mencetak dua gol
melalui penyudah dilakukan penyerang dari Brazil, Matheu Alves Leandro pada
minit ke-69 dan ke-77 sebelum perlawanan berakhir dengan keputusan Tok Gajah
ditewaskan The Red Warriors dengan keputusan 3-2.
Mengulas lanjut, Dollah
berkata, pihak pengurusan pasukan juga pernah mengadakan perbincangan dengan
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad
Shah berhubung perubahan ke atas kesebelasan utama skuad Tok Gajah, namun belum
ada keputusan.
Selain itu, Dollah
memberitahu, kesilapan para pemainnya yang tidak segera turun untuk membantu
barisan pertahanan ketika Kelantan melakukan serangan balas telah mengakibatkan
Pahang dihukum dengan kekalahan di tempat sendiri.
"Pemain ada kesungguhan
untuk bangkit menyerang kerana tidak mahu seri atau kalah. Sebab itulah mereka
leka untuk bantu pertahanan dan seterusnya membuka peluang kepada Kelantan.
"Kekalahan ini memang
kerugian besar sebab sebelum ini pun kita sudah seri dua kali di Kuantan.
Pasukan-pasukan lain yang berada di kedudukan lebih bawah juga sedang mengejar
kedudukan. Kita tengoklah apa (perubahan) yang akan berlaku nanti,"
tambahnya.
sumberArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/pahang-perlu-perubahan-1.478658#ixzz4gROlYBt3
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan