Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
Kuantan: Pemain import baru
Pahang dari Argentina Yamil Romero sedia untuk menggempur kubu Kedah jika
diberi kepercayaan jurulatih Dollah Salleh pada final Piala FA, Sabtu ini.
Pemain berusia 22 tahun itu
yang sebelum ini beraksi dengan skuad simpanan Boca Juniors layak beraksi di
perlawanan akhir selepas Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) berjaya
melengkapkan pendaftarannya pada tempoh perpindahan pemain semalam.
Romero dibawa masuk untuk
mengambil alih tempat penyerang Nigeria Bright Dike yang digugurkan kerana
kurang menyerlah.
“Saya gembira kerana dapat
bersama pasukan ini. Sudah pasti saya teruja jika dapat bermain di final nanti.
Setakat ini saya selesa bersama pasukan dan berharap kami mampu bergelar
juara,” katanya semalam.
Kehadiran Romero ini menyambung
tradisi pemain import Argentina sebelum ini, Matias Conti yang pernah merangkul
kejuaraan Piala Malaysia dan Piala FA 2014.
Pemain yang memiliki ketinggian
180 sentimeter, bertubuh tegap dan memiliki kemahiran kawalan bola serta
kepantasan mampu menjadi aset terbaik buat Tok Gajah, cuma aspek kecergasan
mencetuskan kerisauan kerana dia sudah lama tidak beraksi dalam perlawanan
kompetitif.
Romero diuji dalam aksi persahabatan
menentang kelab Shahzan Muda FC di Stadium Darul Makmur kelmarin dan meledak
dua gol termasuk menerusi sepakan penalti untuk kemenangan 5-0.
Dia yang boleh beraksi di
posisi tengah dan penyerang mengakui cuba menyesuaikan diri dengan corak
permainan pasukan dalam tempoh terdekat ini.
“Masalah komunikasi sedikit
menyukarkan tapi rakan sepasukan sentiasa membantu. Saya akan cuba berikan yang
terbaik untuk membantu pasukan,” katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Khamis, 18 Mei 2017 @ 9:03 AM
Peluang Muslim buang badi
Kuantan: Pemain pertahanan
Pahang Mohd Muslim Ahmad mahu pentas final Piala FA mengubah nasib kariernya.
Ketika rekod di pentas
antarabangsanya agak menarik dengan satu kejuaraan Piala AFF dan dua emas Sukan
SEA, pencapaiannya di peringkat domestik agak suram tanpa sebarang gelaran.
Kini peluangnya terhidang untuk
mengatasi badi itu namun Muslim dan rakan sepasukannya perlu melepasi halangan
Kedah di Stadium Shah Alam terlebih dulu.
ADVERTISING
inRead invented by Teads
“Memang itu hasrat saya, nak
dapatkan piala untuk melengkapkan koleksi. Saya yakin kami sudah membuat
persiapan yang baik dan hanya menunggu hari perlawanan,” katanya ketika ditemui
pada sesi latihan semalam.
Muslim, 28, mengalami zaman
turun naik selepas keluar daripada Harimau Muda A dan menyertai Terengganu,
Johor Darul Ta’zim (Johor DT), PDRM serta Kelantan sebelum menyarung jersi Tok
Gajah musim ini.
Dia yang sudah lama tidak
beraksi bersama Harimau Malaya bersaing merebut tempat dengan Mohd Afif
Amiruddin dan pemain import Korea Selatan Heo Jae-Won dalam kesebelasan utama
jurulatih Dollah Salleh.
“Dalam bola sepak biasalah, ada
masa kita main baik dan ada ketika menurun. Saya tak pernah rasa kecewa untuk
teruskan karier dan syukur sudah dapat semula momentum.
“Bagi saya persaingan dengan
Afif dan pemain import itu baik untuk pasukan, terpulang kepada jurulatih untuk
membuat keputusan,” katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Khamis, 18 Mei 2017 @ 9:02 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan