ARKIB : 21/04/2005
Pemain Pahang, Bernard Samuel
(kiri) berebut bola dengan pemain pertahanan Happy Valley (Hong Kong), Ambassa
Guy pada perlawanan Piala AFC di Stadium Darul Makmur, Kuantan, semalam. Pahang
menang 3-1.
KUANTAN - Stadium Darul Makmur
bergema dengan sorakan ceria 15,000 penyokong apabila Pahang menepati ramalan
menumpaskan wakil Hong Kong, Happy Valley 3-1 dalam pusingan kedua Piala AFC di
sini, semalam lapor Arshad Khan.
Kemenangan ini menebus kehampaan
skuad Tok Gajah yang seri 1-1 dengan Happy Valley pada pertemuan pusingan
pertama di Stadium Mongkok Hong Kong, pada 6 April lalu.
Kejayaan Pahang kembali
menghidupkan peluang untuk memburu tempat ke separuh akhir dengan memungut
tujuh mata daripada empat perlawanan.
Selepas ini Pahang akan
berdepan dengan Home United dari Singapura (6 Mei) dan menentang New Radiant
dari Maldives (25 Mei).
Walaupun dikejutkan pada minit
ke-21 setelah penyerang berbisa Happy Valley, Fabio Lopes AlCantara
menyempurnakan cantik bola leretan rakannya.
Tersentak dengan gol awal
pelawat Pahang mengatur gerakan cantik dan bangkit kembali dengan gol penyamaan
menerusi pemain tengah, Muhd. Zulkifli Mohd Yusoff hanya tiga minit selepas
itu.
Gol Zulkifli itu menjadi
pembakar semangat apabila Pahang terus mempamerkan aksi paling menarik.
Pada minit ke-29, pemain
importnya Samuel Bernard Tchoutang menjaringkan gol kedua menghukum kesilapan
penjaga gol Happy Valley, Chun Yip Fan yang gagal menangkap kemas bola di
hadapan pintu golnya.
Pelawat terus tenggelam dengan
asakan bertali arus anak didik Zainal Abidin Hassan dan pada minit ke-52 Indra
Putra Mahayuddin tidak mensia-siakan peluang menarik menerusi sepakan lambung
yang mengelirukan untuk menambah gol ketiga Pahang.
Pahang mendapat peluang
keemasan untuk menambahkan jaringan pada minit ke-62, namun tolakan Norhafiz
Zamani Misbah kepada Mohd Fadzli Saari terkena pemain lawan dan bola melantun
keluar
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0421&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4iPECoOJN
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan