Wartawan Sinar
Harian
22 Mei 2017
'Adat
bertanding, beginilah'
Kekecewaan
terpancar di wajah pemain Pahang selepas gagal membawa pulang trofi Piala FA ke
Kuantan pada musim ini.
KAPTEN skuad Tok
Gajah, Matthew Davies mengakui kecewa selepas perjalanan jauh untuk sampai ke
perlawanan akhir gagal diterjemahkan kepada kemenangan buat pasukannya
menjulang Piala FA musim ini.
Baginya,
walaupun terpaksa menanggung kekecewaan, beliau dan rakan sepasukan terpaksa
akur dengan kekalahan tersebut.
"Beginilah
yang berlaku dalam bola sepak. Pada akhirnya, satu pasukan akan gembira dengan
kemenangan dan satu lagi akan kecewa dengan kekalahan.
"Mustahil
kalau kata kami tidak kecewa. Di bilik persalinan semua pemain jelas berkongsi
kekecewaan yang sama.
"Kami sudah
sampai sejauh ini, tapi gagal membawa pulang trofi. Apa pun kami terpaksa
terima keputusan ini," ujarnya.
Bagaimanapun
pada masa sama, Davies berharap kegagalan itu tidak akan meruntuhkan semangat
pemain.
"Kita tak
tahu apa akan berlaku dalam beberapa hari ini. Mungkin kami perlu bertenang
dahulu untuk melupakan kekalahan ini.
"Kami masih
ada peluang untuk mengejar kejuaraan liga dan juga merebut Piala Malaysia tahun
ini," katanya lagi.
SUMBER-SINAR HARIAN
ONLINE 22 MEI 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan