Rabu, 17 Mei 2017 @ 11:15 AM
Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor
dan Asrol Awang bhsukan@bh.com.my
PEMAIN Pahang dari kanan,
Matheus Alves , Muslim Ahmad dan Matthew Thomas Davies (kiri) ketika sesi
latihan bagi persediaan perlawanan akhir Piala FA. - Foto Muhd Asyraf Sawa
KUANTAN: Pengalaman beraksi di
peringkat antarabangsa bersama Harimau Malaya menjadi sandaran buat Muslim
Ahmad untuk membantu Pahang mengecewakan Kedah pada final Piala FA di Stadium
Shah Alam, Sabtu ini.
Biarpun bukan tugas mudah untuk mengekang
jentera serangan berbahaya yang dimiliki Kedah, Muslim yang juga tonggak
pertahanan Tok Gajah tidak menganggap ia sebagai satu tekanan. Sebaliknya,
pemain berusia 28 tahun itu percaya betapa gandingannya bersama Afif Amiruddin
dan pemain import, Heo Jae-won mampu memperkemaskan benteng Tok Gajah.
"Kita tidak perlu terlalu
memikirkan soal kekuatan dan kelemahan Kedah, apa yang penting kita fokus untuk
persediaan terbaik Pahang bagi final nanti.
"Barisan pertahanan saya
rasa bagus, kita ada pemain import (Jae-won) dan Afif. Jadi kami bersaing
secara sihat untuk merebut tempat dan ia pasti baik untuk pasukan.
"Ya (pengalaman bersama
skuad kebangsaan) ada membantu saya, tapi paling utama Pahang nak tunjuk
sesuatu untuk membawa pulang piala musim ini," katanya ketika ditemui
selepas aksi persahabatan dengan pasukan Shahzan Muda, malam tadi.
Pada aksi yang berlangsung di
Stadium Darul Makmur itu, Pahang mendapat tonik terbaik sebelum ke final Piala
FA apabila mudah menundukkan Shahzan Muda 5-0.
SUMBER-Selanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/283487
Tiada ulasan:
Catat Ulasan