Kuantan: Pemain tengah Pahang,
Christie Jayaselan berpuas hati selepas menjaringkan gol kemenangan 2-1 ke atas
Negeri Sembilan pada separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Tuanku Abdul
Rahman, Paroi kelmarin.
Biarpun Pahang hanya memerlukan
sekurang-kurangnya seri selepas menang 1-0 pada aksi pertama, ia cukup bermakna
buat bekas pemain FELDA United itu.
Christie berkata, kepercayaan
yang diberi jurulatih Dollah Salleh walaupun diturunkan sebagai pemain gantian
sudah dibuktikan sekali gus melengkapkan kemenangan Pahang 3-1 ke atas lawan
menerusi agregat.
Katanya, aksi meyakinkan skuad
itu walaupun diberi tekanan oleh Negeri Sembilan tidak memadam misi Tok Gajah
melangkah ke pentas final piala berprestij itu.
“Kejayaan ini (final)
sememangnya dinantikan selepas bekerja keras untuk membawa Pahang mengulangi
pencapaian 2014 walaupun berdepan Kedah yang diakui pasukan mantap.
“Jaringan ini sememangnya amat
bermakna buat saya kerana ia musim pertama menyarung jersi skuad Tok Gajah
sekali gus dapat membawa pasukan ke pentas final,” katanya semalam.
Pada perlawanan kelmarin,
Christie memadam terus impian Negeri Sembilan apabila menjaringkan gol kedua
Pahang pada minit ke-90, untuk menamatkan saingan itu dengan agregat 3-1.
Sumber-Artikel ini disiarkan
pada : Isnin, 15 Mei 2017 @ 12:22 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan