SYAMIM YAHYA (kanan) dan Kiko
(kiri) antara menjadi watak penting di bahagian jentera tengah Pahang untuk
mengekang asakan Kedah dalam final Piala FA di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
Zamzurina Ahmad
17 Mei 2017 3:00 AM
KUANTAN 16 Mei - Skuad Tok
Gajah yakin gandingan mantap pemain seperti Syamim Yahya dan Francisco Insa
Bohigues atau Kiko dari Sepanyol yang bermain di bahagian tengah mampu
menggegarkan pasukan Lang Merah pada pentas akhir Piala FA di Stadium Shah
Alam, Sabtu ini.
Ketua pasukan Pahang, Matthew
Davies berkata, meskipun pasukan Kedah dilihat mempunyai kelebihan di bahagian
tengah seperti dakwaan sesetengah pihak, namun ia bukan halangan untuk pemain
kendalian Dollah Salleh itu meraih kejuaraan.
“Pada masa kini Syamim dan Kiko
kekal bermain posisi tengah, namun semua pemain dilihat cukup berbakat dan
dapat beraksi dengan cemerlang.
“Berdasarkan permainan
menentang Negeri Sembilan baru-baru ini, kita lihat rentak pemain cukup baik
dan mempunyai keyakinan yang tinggi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia
di sini hari ini.
Davies ketika ditanya adakah
akan mempertaruhkan pemain baharu dari Argentina, Romero, berkata, pihak
pengurusan masih belum memutuskannya tetapi menyifatkan semua pemain berada
dalam keadaan bersedia dan layak beraksi.
“Strategi telah diatur namun
masih terlalu awal untuk saya dedahkan,” jelasnya.
Sementara itu, Syamim mengakui
kekuatan luar biasa jentera tengah pasukan Kedah, sekaligus memberi tekanan
buat Pahang.
“Bagi saya Kedah pasukan
terbaik dalam saingan Liga Malaysia musim ini dan jentera tengah mereka begitu
mantap terutama dibantu dua pemain import iaitu Liridon Krasniqi dan Sandro da
Silva.
“Bagaimanapun, kami tidak
gentar untuk mengekang dan mempamer prestasi terbaik kerana aksi final
memerlukan komitmen serta disiplin tinggi untuk bergelar juara,” ujarnya.
SUMBER-UTUSAN MALAYSIA ONLINE
17 MEI 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan