ARKIB : 21/03/1999
SARAWAK melakarkan kemenangan
pertama apabila mengalahkan Pahang 4-3 menerusi tendangan penalti pada
perlawanan bola sepak Liga Perdana Satu di Stadium Sarawak, Petra Jaya,
semalam, lapor ANUAR ARIFFIN.
Gol-gol Sarawak dijaringkan
oleh Bobby Chua, Ramos Sari, Nazri Yunos dan Ibrahim Mantali.
Sementara gol-gol Pahang
diperoleh melalui Azahar Kamaluddin, Ahmad Shaharuddin Rosli dan Azizul
Kamaluddin.
Kedua-dua pasukan gagal
menjaringkan sebarang gol dalam tempoh 90 minit perlawanan.
Bermain di atas padang yang
licin, kedua-dua pasukan memperlihatkan permainan yang berhati-hati terutama
ketika melancarkan serangan.
Disaksikan hampir 10,000
penonton, skuad Bujang Senang terlebih dahulu memulakan ancaman melalui
percubaan Ramles Sari pada minit kelima.
Bagaimanapun, tendangan Ramles
melepasi sasaran.
Dua minit kemudian giliran
kembarnya, Ramos membuat percubaan tetapi rembatannya berjaya ditampan keluar
oleh penjaga gol lawan, Muadzar Mohamad.
Biarpun dibimbing dengan
jurulatih bidan terjun, Fuzeimi Ibrahim, gara-gara peletakan jawatan Alan
Davidson, Pahang bertindak garang dengan melancarkan serangan-serangan balas.
Namun begitu, sentuhan barisan
hadapannya yang diterajui Azizul Kamaluddin, Khairul Nizam Sahat dan Ahmad
Shaharudin Rosli gagal merobek pertahanan Bujang Senang.
Skuad Tok Gajah hampir memperoleh
gol pembukaan pada minit ke-24 tetapi rembatan Azizul berjaya ditepis keluar
penjaga gol Sarawak, Mazlan Wahed.
Ramles Sari menampakkan
penampilan mendadak dengan sekurang-kurangnya lima percubaannya hampir
membuahkan jaringan.
Kedua-dua pasukan terus
berusaha gigih mencari jaringan sebaik saja perlawanan separuh masa kedua
disambung semula.
Pemain lincah, Safri Amit
hampir menceriakan skuad Sarawak tetapi kesempatan yang diperoleh minit ke-59
dan 61 gagal dimanfaatkan dengan tepat.
Dua minit kemudian, Ramles
mempunyai peluang terbuka untuk meletakkan Sarawak di hadapan tetapi
tendangannya lemah dan melencong keluar.
Pahang bertindak balas dan
percubaan Azaruddin Aziz minit ke-67 hampir mendatangkan padah kepada pasukan
tuan rumah.
Pemain Pahang, Shahrul Nizam
Sahat diperintah keluar padang oleh pengadil, Nazri Abdullah kerana memperoleh
kad kuning kedua pada minit ke-87.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0321&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_05.htm#ixzz4QLWK1a5X
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan