ARKIB : 11/10/1998
PAHANG terus dirundung malang
dalam kancah Piala Malaysia apabila tewas ke atas Perak 1-2 di Stadium
Darulmakmur, malam tadi.
Skuad Tok Gajah yang berusaha
mencari kemenangan setelah hanya mampu seri sekali dan tewas sekali, terkulai
layu di hadapan penonton sendiri sebanyak kira-kira 1,000 orang.
Penyerang Perak V. Saravanan
muncul wira pada perlawanan malam tadi apabila menyumbang satu gol serta
membantu Perak mendapatkan tendangan penalti untuk gol kedua skuad Yob.
Perak bermain pantas dan
berjaya membuka jaringan pada minit ke-11 melalui bekas penyerang skuad
Olimpik, V. Saravanan yang berjaya menewaskan Mudzar Mohamad.
Gol berkenaan berpunca daripada
hantaran pemain sayap, M. Nagaraja yang melakukan larian pantas di sebelah kiri
padang dan melorongkan bola kepada Saravanan.
Saravanan yang berada di
hadapan pintu gol tidak mensia-sia peluang itu dengan menguis bola ke sudut
kanan gol walaupun diasak pemain pertahanan Pahang.
Saravanan yang menerima
hantaran dari tengah padang melarikan bola sehingga ke kotak penalti dan cuba
dikejar oleh Suhaimi yang akhirnya membentes dari belakang.
Ekoran insiden itu, Suhaimi
dilayangkan kad merah dan diperintah keluar padang, manakala Perak mendapat
tendangan penalti yang tidak disia-sia oleh Roslan Hamid.
Pada babak kedua, pasukan tuan
rumah yang bermain dengan 10 pemain cuba merapatkan kedudukan dengan
melancarkan serangan bertubi-tubi, manakala Perak yang mempunyai kelebihan
seolah-olah berpuas hati dan hanya bertahan.
Perak terus bersemangat memburu
gol selepas itu dan seminit kemudian akhirnya berjaya mendapatkan jaringan
melalui Jalaluddin Jaafar.
Gol itu berpunca daripada
lorongan Azaruddin dari luar kotak penalti dan terus dirembat kencang oleh
Jalaluddin dari jarak 20 meter
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=1011&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_09.htm#ixzz4P5uaFkei
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan