ARKIB : 11/04/1999
PAHANG memusnahkan rekod tanpa
kalah Kuala Lumpur setelah berjaya membenamkan pasukan warga kota itu 3-0 pada
perlawanan bola sepak Liga Perdana Satu di Stadium Darulmakmur, Kuantan,
semalam.
Pahang yang bertekad menebus
maruah selepas dibelasah Brunei 0-4, baru-baru ini, bermain dengan cemerlang
untuk mematahkan setiap serangan lawan.
Akhir separuh masa pertama
menyaksikan anak buah Fuzzeimi Ibrahim mula menemui sentuhan dan pada minit
ke-37, gol pertama Pahang muncul.
Khairul Niza Haniff yang
melihat keadaan penjaga Kuala Lumpur, Kamarul Idham Amirudin mati langkah,
terus menolak ke penjuru kanan gol.
Azizul Kamaluddin kemudiannya
menyilangkan bola kepada Wan Rohaimi Wan Ismail yang merembat masuk ke kiri gol
lawan untuk gol kedua Pahang.
Alif Rohaimin Azizhan pula
melengkapkan kecemerlangan tuan rumah dengan jaringan ketiga pada minit terakhir.
PAHANG: Mohd. Ali Taha, Azahar
Kamaluddin, Wan Rohaimi Wan Ismail, Alif Rohaimin Azizhan, Azizul Kamaluddin
(Darul Nazri Daniyan), Shahrul Nizam Sahat, K. Ramachandran, Ahmad Shahrudin
Rosdi, Mohd Khairul Niza Haniff, Mohd Azaruddin Aziz dan Zuraimi Hassan.
KUALA LUMPUR: Kamarul Idham
Amirudin, Azali Mat Jusoh, Mohd. Imran Ahmad, G. Muthu (Mohd. Zulkhibri Raob),
M. Karunakaran, Azlan Hussain, Azmir Nor Hakim Burhan (M. Eswaran), Mohd.
Nazaruddin Yusof, Mohd. Khairi Zainuddin, K. Hemadas dan P. Saravanan.
Sementara itu, tiga gol dalam
tempoh tujuh minit berjaya membantu Brunei mencatat kemenangan 3-2 sekali gus
mengakhiri rekod tanpa kalah Perak di tempat sendiri di Stadium Perak, Ipoh.
Perak terpaksa bermain 10 orang
selepas penjaga gol mudanya, Mohd. Ramzi Razuwan dibuang padang pada minit
ke-73.
Barisan pertahanan tuan rumah
turut melakukan kesilapan mudah yang membawa Brunei menjaringkan tiga gol
tersebut.
Selepas mendahului 1-0 menerusi
jaringan M. Nagaraja pada minit ke-44, separuh masa kedua jelas menjadi igauan
buruk buat skuad Seladang bila tiba gol Brunei menerusi Rosli Liman (61), Mohd.
Brian Iman (62) dan Rosanan Samak (68).
Perak berjaya merapatkan jurang
gol menerusi P. Gunasekaran pada minit ke-76 tetapi ia sudah terlambat untuk
menebus kesilapan awal.
Aksi kasar babak kedua
menjejaskan rentak permainan terutama tetapi keadaan itu tidak menghalang
Brunei untuk memperoleh dua gol dalam tempoh 50 saat.
PERAK: Mohd. Ramzi Razuwan
(Zamri Mat Arif), Chan Kok Heng, R. Vikneswaran, Roslan Hamid (K. Nanthakumar),
Chan Wing Hoong, M. Nagaraja, Azrul Amri Burhan, Abu Bakar Fadzim, P.
Gunasekaran, Mior Nor Samsul, Domi Che Non (Lim Seng Kong).
BRUNEI: Mohd. Yunus Md. Yusof,
Matrilu Mohammad (Rosanan Samak), Rosli Liman, Sallehuddin Damit, Fadlin
Gelawat, Mohd. Brian Iman, Mohd. Ali Momin, Patron Akakpo, Abang Norsillmy
Abang Taha, Nordin Tujoh, Irwan Mohammad.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0411&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_03.htm#ixzz4RTH4I54B
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan