PEMAIN Tok Gajah harus asak kubu
lawan habis-habisan.
Asrol Awang
sukan@hmetro.com.my
Kuantan: “Jangan terlalu hormat
dengan Johor Darul Ta’zim (Johor DT).” Itu nasihat pengurus Pahang Datuk Che
Nasir Salleh kepada barisan pemainnya menjelang pertemuan suku akhir pertama
Piala FA, Sabtu ini.
Justeru, beliau mahu kelebihan
dimiliki skuad Tok Gajah apabila beraksi di Stadium Darul Makmur digunakan
sebaik mungkin sambil berharap mampu mencatat kemenangan selesa sebagai
bekalan.
“Sudah pasti kami mahu mencatat
kemenangan apabila beraksi di laman sendiri. Kami akan dibantu sokongan padu
penyokong yang mahu melihat Pahang layak ke final.
“Namun, semua itu memerlukan
komitmen tinggi pemain yang diharap tidak terlalu menghormati lawan kerana
mereka juara bertahan.
“Saya percaya dengan jurulatih
(Dollah Salleh), Pahang akan meraih kemenangan sebelum bertemu pada aksi kedua
nanti,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Che Nasir berkata, sebagai tuan
rumah, Pahang tidak seharusnya membenarkan pelawat menguasai perlawanan kerana
bakal membawa padah.
“Pada pendapat saya, peluang
Pahang untuk menang tetap ada tapi pemain perlu mempamer prestasi baik termasuk
menyekat serangan lawan,” katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Khamis, 30 Mac 2017 @ 10:58 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan