ARKIB : 15/02/2004
PAHANG dan Perak berkesudahan
seri tanpa jaringan dalam aksi pembukaan Liga Super yang berlangsung di Stadium
Nasional, Bukit Jalil, semalam.
Pahang menggempur kubu Perak
seawal minit ke-6 hasil sepakan percuma Lucas Cominelli tetapi gagal
disempurnakan oleh dua import Pahang, Jonathan Bass dan Fernando Horacio.
Perak kemudiannya bertindak balas
melalui K. Nanthakumar pada minit ke-15 melalui sepakan kencang dari tengah
padang tetapi berjaya ditangkap dengan kemas oleh Azmin Azram.
Fadli Shaari hampir meletakkan
Pahang di hadapan pada minit ke-31 selepas mendapat hantaran lintang dari
Hairuddin Omar dari penjuru kanan namun tandukan kencangnnya berjaya ditepis
melepasi palang oleh penjaga gol Perak, Mohd. Hamsani Ahmad.
Kesilapan penjaga gol Pahang,
Azmin nyaris membawa padah apabila bola yang cuba dikeluarkan dari kotak
penalti terkena V. Saravanan lalu menerjah gawang, namun gol berkenaan tidak di
kira oleh pengadil Subkhidin Mohd. Salleh dari Pulau Pinang kerana off-side.
Sebaik babak kedua permainan
bermula, perlawanan masih kelihatan kurang bermaya walaupun kedua-dua pasukan
begitu kepingin jaringan gol.
Peluang keemasan yang diperoleh
oleh pemain Perak, Frank Seator terlepas selepas tandukan yang dilakukannya itu
menyaksikan bola terkena palang.
Perak juga mendapat peluang
terbaik kali kedua selepas bola yang dirembat kencang tersasar, sekali gus
menyaksikan ribuan penyokong Kejor Yeop Kejor terus kempunan.
Perlawanan yang disaksikan
Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah dan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah serta
Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah itu turut meriah
dengan penampilan agresif pemain di akhir perlawanan.
Namun kedua-dua pasukan itu,
gagal menggunakan peluang sedia ada untuk menghasilkan gol.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4dwBFSN4E
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan