Pahang berdepan tugas berat untuk mempertahankan kelebihan mereka ke atas JDT yang memiliki rekod tidak pernah kalah di Stadium Tan Sri Hassan Yunus apabila bertemu dalam suku akhir kedua Piala FA malam ini.
KUANTAN
22 April - Penjaga gol skuad Tok Gajah, Wan Azraei Wah Teh berazam
melakukan yang terbaik untuk memastikan gawangnya tidak bolos dalam
perlawanan suku akhir kedua Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT)
di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin esok.
Seperti barisan pemain Pahang lain,
katanya dia pasti akan bermain sebaik mungkin untuk memastikan skuad Tok
Gajah layak ke separuh akhir.
“Saya selaku
benteng terakhir juga mengharapkan rakan-rakan sepasukan melakukan yang
terbaik, jauh lebih baik daripada sebelum ini.
“Saya juga mahu buat jauh lebih baik daripada
semua perlawanan yang kami harungi sebelum ini. Insya-Allah, kemenangan
akan menjadi milik Pahang,” katanya di sini hari ini.
JDT
memerlukan kemenangan sekurang-kurangnya 2-0 ke atas Pahang untuk ke
perlawanan akhir selepas tumpas 3-1 dalam suku akhir pertama di sini
pada 1 April lalu.
Sementara itu, pengurus
pasukan Pahang, Datuk Che Nasir Salleh mengingatkan skuad Tok Gajah
supaya tidak melakukan sebarang kesilapan yang membuka ruang kepada JDT
menjaringkan gol.
“Semua pemain perlu ingat
kita bermain di tempat lawan. Apa yang kita mahukan dalam perlawanan itu
nanti adalah kemenangan,” katanya.
Menurut
Che Nasir, Pahang juga tidak boleh lalai ketika melancarkan serangan
kerana JDT kerap mempamerkan aksi terbaik di laman mereka sendiri
berdasarkan rekod-rekod sebelum ini.
“Penting
untuk memastikan JDT tidak mampu menjaringkan gol. Mereka juga pasti
memberi cabaran yang lebih hebat kerana bermain di tempat sendiri,”
tegasnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan