Kuantan: Pemain pertahanan Pahang Mohd Afif Amiruddin mengakui
keputusan seri 2-2 dengan Selangor pada aksi Liga Super 15 April lalu,
memberi kesan dari segi persediaan mental apabila berdepan Johor Darul
Ta’zim (Johor DT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Ahad ini.
Namun, pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu percaya Tok Gajah
akan bangkit untuk mempamerkan prestasi mengagumkan apabila berdepan
Johor DT yang juga juara bertahan pada aksi suku akhir kedua Piala FA.
“Saya akui keputusan seri dengan Selangor sedikit menjejaskan
persediaan pasukan tapi kami akan melakukan yang terbaik bagi memastikan
misi ke final tercapai.
“Tumpuan kini lebih kepada meningkatkan tahap kecergasan selain kekuatan mental bagi memastikan kejayaan di Larkin nanti.
“Bagi merealisasikan misi itu, prestasi terbaik setiap pemain dituntut,” kata pemain yang mempunyai ketinggian 183sm itu
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 April 2017 @ 4:48 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan