GHADDAR (kanan) cuba melepasi
kawalan pemain Pahang pada aksi Liga Super yang menyaksikan skuad Tok Gajah
menang 2-1 di Kota Bharu malam tadi.
PAHANG memintas Kedah untuk
menerajui Liga Super selepas berjaya menjinakkan Kelantan 2-1 di Stadium Sultan
Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.
Kejayaan itu diraih apabila skuad
Helang Merah sekadar seri 1-1 dengan kelab bola sepak Perbadanan Kemajuan
Negeri Selangor (PKNS FC) di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Biarpun berkongsi 19 mata, namun
skuad Tok Gajah layak meneraju liga menerusi perbezaan jaringan dengan 24 gol,
manakala Helang Merah 19 jaringan.
Pada aksi malam tadi, pasukan
bimbingan Dollah Salleh itu ketinggalan pada minit ke-16 hasil jaringan
penyerang import tuan rumah, Mohammed Ghaddar.
Bagaimanapun, pasukan pelawat
tampil garang pada babak kedua menerusi dua gol pantas hasil jaringan Wan
Zaharulnizam Zakaria pada minit ke-60 sebelum penggempur sensasi, Matheus Alves
menambah derita tuan rumah pada minit ke-61.
Kedah pula gagal memanfaatkan
aksi di laman sendiri apabila diikat PKNS FC menerusi jaringan Lucas Sebastian
Espindola pada minit ke-28 dan penyerang import Kedah, Zachary Michael Anderson
menyelamatkan maruah skuad Helang Merah apabila menyamakan kedudukan pada minit
ke-36.
Pada aksi di Stadium Majlis
Perbandaran Selayang pula, Selangor tidak menghadapi masalah untuk meraih
kemenangan 2-1 ke atas Sarawak.
Gol kemenangan skuad Gergasi
Merah dijaringkan oleh penyerang import, Victor Astafei pada minit ke-22
sebelum Forkey Doe menghasilkan gol kedua pada minit ke-49, manakala gol skuad
Ngap Sayot pula dihasilkan menerusi Mateo Roskam pada minit ke-82
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0409&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4diwzPjnu
Hakcipta terpelihara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan