KUANTAN
28 April - Ketiadaan Mohamadou Sumareh yang digantung perlawanan dan
terlepas aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Makmur
pada 30 April ini tidak akan menjejaskan tumpuan Tok Gajah bagi
menghadapi Negeri Sembilan.
Ketua pasukan Pahang, Matthew Davies
berkata, bukan sahaja Sumareh malah pemain Tok Gajah juga kecewa
penyerang dari Gambia itu digantung perlawanan dan tidak dapat bermain
pada separuh akhir pertama Piala FA.
“Sudah tentu kami kecewa tetapi saya percaya Pahang mempunyai ramai pemain berkualiti yang boleh menggantikan tempat Sumareh.
“Kami sudah tentu akan memanfaatkan peluang
bermain di laman sendiri dan mendapatkan bekalan selesa untuk perlawanan
separuh akhir kedua di gelanggang lawan nanti,” katanya kepada Utusan
Malaysia di sini hari ini.
Baru-baru ini,
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),
Datuk Baljit Singh Sidhu mengeluarkan kenyataan berhubung penggantungan
satu perlawanan serta denda RM3,000 ke atas Sumareh bagi aksi menentang
Negeri Sembilan dalam saingan separuh akhir pertama Piala FA.
Hukuman
itu dikenakan ke atas penyerang dari Gambia itu kerana dikatakan
mengasari pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Afif Fazail pada aksi suku
akhir kedua Piala FA di Larkin.
Sementara
itu, pemain tengah, Ahmad Syamim Yahya berkata, dia yakin rakan
sepasukannya yang lain mampu mengisi kekosongan ditinggalkan Sumareh.
“Saya
percaya dengan kemampuan rakan sepasukan lain termasuk dengan kehadiran
Nurridzuan Abu Hassan dan Christie Jayaseelan yang sudah boleh beraksi
selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan.
“Cuma
saya harapkan mereka cepat dapat menyesuaikan diri untuk perlawanan ini
kerana lawan pastinya akan memberikan tentangan sengit kepada Pahang,”
katanya.
Seorang lagi tonggak Tok Gajah, Nor
Azam Azih juga menaruh keyakinan bahawa pasukan bimbingan jurulatih,
Dollah Salleh itu mampu beraksi dengan baik walaupun ketiadaan Sumareh.
“Tidak
dinafikan Sumareh adalah pemain yang pantas dan boleh mengucar-kacirkan
pertahanan lawan, namun saya percaya pemain Tok Gajah lain juga boleh
berbuat demikian dan menggantikan tempatnya,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan